9 Fakta Menakjubkan Tentang Air Zamzam Buat Ramai Umat Islam Teringin Sangat Nak Minum.

Ramai dah tahu kelebihan minum air zamzam. Kami kongsikan 9 fakta menakjubkan tentang air zamzam yang masih ramai saintis dan ilmuwan tiada jawapan.

1. Bagaimana Air Zamzam Ditemukan Dengan Izin Allah SWT.

Siti Hajar dan anaknya Ismail ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s. pada sebuah gurun di kota Mekah. Kerana lapar dan haus Nabi Ismail menangis. Siti Hajar tidak mampu melihat anaknya menangis dan dia mulai berlari berulang-alik pada dua lembah untuk mencari makanan.

Setelah selesai 7 pusingan, dia terkejut melihat bagaimana air terus menerus mengalir dari bawah kaki Ismail. Dia tidak pernah tahu apa yang Allah telah takdirkan hingga air tersebut menjadikan salah satu punca kota Mekah dikunjungi jutaan manusia dari semua pelusuk dunia setiap tahun dan terus-menerus mengalir sehingga hari ini.

2. Nama Lain Air Zamzam.

Air zamzam juga sering disebut masyarakat Arab dengan nama Maimuna, Syabba’a dan Murwiyah.

3. Kandungan Tenaga.

Manfaat dari meminum air zamzam tidak terbatas. Kajian oleh ilmuwan Jerman Dr. Knut Pfeiffer menunjukkan, tenaga dalam sel badan manusia meningkat setelah minum air zamzam. Subhanallah.

4. Bersih dan Sihat

Air Zamzam telah mengalir terus menerus selama sekitar 4000 tahun. Setelah banyak penelitian dilakukan, ditemukan bahawa tiada bahan kimia atau kotoran yang ditemukan dalam air zamzam. Ini bermaksud air zamzam jernih, bersih dan menyihatkan tubuh.

5. Murni.

Pengusaha air mineral Evian dan beberapa perusahaan air mineral lain di dunia menyatakan bahawa untuk menjadi murni air setidaknya memiliki 357mg bikarbonat, tetapi air zamzam mengandungi 366 mg bikarbonat dan merupakan air paling bersih dan murni di dunia.

6. Berkhasiat Menyembuhkan.

Air zamzam kaya dengan kandungan kalsium, garam magnesium dan cairan alami yang dapat menyembuhkan penyakit yang paling berbahaya dalam tubuh badan manusia.

7. Asal Air Zamzam.

Batu-batu di Mekah yang terbentuk memiliki pori-pori tertutup dan ilmuwan telah menyatakan bagaimana sumber air tawar yang mengalir terus menerus hanya dapat dilakukan pada batu yang memiliki pori-pori terbuka. Ini adalah keajaiban. Hal ini menunjukkan tanah suci Mekah yang merupakan gurun namun kita menjadi tempat paling penting di mana jutaan orang datang setiap hari untuk melakukan ibadah suci mereka.

8. Penelitian Sains Terbaru.

Di mana tepatnya sumber air zamzam adalah masih misteri, sampai ilmuwan mula menggali terowong di wilayah Makkah di mana ditemukan retak dan pecah di batu-batu yang lurus di kedua arah dari tempat air mengalir keluar. Terowong yang digali tidak terlalu dalam. Hanya 30 meter dari tanah sebagian besar penuh dengan batu. Terdapat retakan di mana air suci ini mengalir dan bermanfaat bagi setiap makhluk hidup di dunia ini.

9. Minum Air Zamzam Untuk Pelbagai Tujuan.

Air zamzam dapat diminum untuk pelbagai keperluan. Minum air zamzam dapat diniatkan untuk penyembuhan orang sakit atau tujuan lainnya. Meminumnya dengan niat yang murni sampai tujuan tercapai dengan izin Allah.

Video Fakta Telaga Zamzam Dan Pengurusan Air Zamzam di Mekah :

Subhanallah, kehebatan dan pengurusan air zamzam. Air zamzam merupakan kurniaan Allah untuk dinikmati oleh semua manusia. Air yang penuh kebaikan dan barokah, boleh dijadikan perubatan dan amalan sunnah peminuman harian. Inilah air yang terbaik di dunia, Subhanallah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Youtube Channel Via ZZ.My

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*