Adam Corrie. Kami Cina tetap Cina, bangsa tak boleh tukar tapi akidah kami sama, Lailahaillallah MuhammadurRasulullah

Adam Corrie. Kami Cina tetap Cina, bangsa tak boleh tukar tapi akidah kami sama, Lailahaillallah MuhammadurRasulullah

Kita telah dipilih oleh Allah untuk dihantar sebagai KHALIFAH di atas muka bumi…

Kita tidak boleh pilih untuk dilahirkan sebagai bangsa dan keturunan apa. Kita tidak boleh pilih untuk dilahirkan sebagai kaya atau miskin. Kita tidak boleh pilih untuk dilahirkan sebagai Muslim atau non Muslim…

Oleh itu, bersyukurlah jika kita telah dilahirkan sebagai Muslim kerana belum tentu lagi seseorang itu akan menemui hidayah Allah sebelum mengakhiri kehidupn di dunia jika dilahirkan sebagai non Muslim…

Teringat kata-kata seorang ulama besar tanahair dari negeri ‘Serambi Mekah’ yang telah pergi mengadap Allah bahawa…

“seseorang itu tidak boleh memilih untuk dilahirkan sebagai Melayu, cina atau India, itu semua kerja Allah Ta’ala… Dan alangkah bertuahnya jika seseorang itu telah dilahirkan sebagai Islam…”

“2 nikmat terbesar dalam kehidupan dunia ialah Islam dan Iman, tanpa kedua-dua ini, sia-sialah hidup di dunia yang sementara kerana 2 nikmat tesebut akan menentukan apa kesudahan hidup seseorang di akhirat kelak…”

radiorodja.com

Adam Corrie menulis…

Kami Cina.. tetap Cina . Bangsa Tak boleh tukar.
Tapi akidah kami sama iaitu Lailahaillallah Muhammadurrasulullah

Kita Tak boleh Pilih dilahirkan bangsa yang Kita suka. Sebab itu sudah Allah tentukan untuk Kita. Tapi Kita boleh Cari pegangan Kita. 

Apabila org tgh marah & cerca kita, DIAM (sabar) adalah lebih baik utk kita. Kerana ketika itu syaitan tengah berusaha bangkit kemarahan kita utk bertelagah & malaikat berlumba-lumba mencatat pahala kesabaran kita.

Jika ingin bersuara, bersuara dengan adab yang Rasulullah SAW ajar pada Kita semua.

Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang

sumber; ADAM CORRIE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*