Alhamdulillah My Morning View Dah Pandai Meniarap. Peminat Teruja Melihat Perkembangan Baby Aafiyah

Antara nikmat dan keseronokan bergelar ibu bapa adalah apabila melihat perkembangan cahaya mata mereka dari semasa ke semasa, lebih-lebih lagi sekiranya cahaya mata itu merupakan yang pertama milik mereka.

Begitulah apa yang dialami oleh Dato’ Siti Nurhaliza setelah bergelar seorang ibu selepas melahirkan puteri sulung beliau, Siti Aafiyah.

Berkongsi di Instagramnya, penyanyi nombor satu itu telah mengucapkan rasa syukur beliau kerana berpeluang menikmati permandangan pagi syang cukup membahagiakannya setiap hari.

Alhamdulillah my morning view…Aafiyah dah pandai bergolek meniarap sampai ke ayahnya.

Elok ayahnya angkat letak kat pipi senyap dan lena terus, melekat kat ayah dia.

Hai lah anak ayah..

Menurut Dato’ Siti, Aafiyah yang kini sudah pun memasuki usia 4 bulan sudah boleh bergolek dan meniarap ketika tidur. Tambah beliau lagi, anaknya itu akan lena apabila diletakkan di pangkuan ayahnya, Datuk K.

Peminat yang seronok dengan perkembagan Aafiyah itu telah mengucapkan tahniah dan mendoakan supaya si comel pipi merah itu sentiasa sihat dan berada di dalam lindunganNya

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Mamakusyg

Sumber: IG CTDK/OHM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*