Amat Menakjubkan Seorang Warga Filipina Cipta Kenderaan Dron Jimat Masa Perrjalanan Dalam Bandar.

BATANGAS: Seorang warga Filipina mencipta sebuah kenderaan dron yang disifatkannya mewakili masa depan pengangkutan.

Bekas penari dan pengendali kamera, Kyxz Mendiola mereka cipta pesawat yang mampu membawa seorang penumpang yang dinamakan sebagai Koncepto Milenya yang dapat terbang setinggi 6.1 meter – 20 kaki dengan kelajuan 60 kilometer sejam.

Ujian pertama itu berjaya menerbangkan rekaannya dalam masa 10 minit menggunakan multicopter yang biasa digunakan pada pesawat kecil tanpa pemandu.

Ia luar biasa, semua kerja keras telah selesai, semuanya berjalan dengan sempurna, kata Mendiola selepas dia berjaya menjalankan ujian penerbangan sulung untuk ciptaannya.

Mendiola berkata dia mengambil masa yang lama untuk mencari dana bagi membeli komponen yang dikuasakan enam bateri lithium-ion dengan pengawal frekuensi radio mudah alih.

Tekan butang dan ia akan naik, kemudian tolak pedal ke depan, ia bergerak ke hadapan. Ia sangat pintar, itulah sebabnya saya mengatakan ia mempunyai banyak potensi, kata Mendiola.

Mesin yang boleh membawa sehingga 100 kilogram itu boleh menjimatkan masa bagi perjalanan di bandar-bandar sesak seperti Manila yang lumpuh oleh masalah lalu lintas yang kronik.

Apabila kita perlu pergi ke sesuatu tempat kira-kira sejam, kenderaan ini boleh membawa anda ke sana dalam masa lima minit, katanya.

Ciri keselamatan yang ditambah ialah 16 motor berputar yang membolehkannya tetap terbang, walaupun satu atau dua motor gagal berfungsi, katanya.

Syarikat Australia, Star8, bekerjasama dengan Mendiola untuk membangunkan kenderaan itu selepas video yang memaparkannya menjadi viral di media sosial.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Youtube Channel AW

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*