Anak dlm kandungan tidaaakk akktiif

Tertekan Dengan PU Abu, Anak Dalam Kandungan Ain Afini Tidak Aktif

Kontroversi kemelut rumah tangga yang menghimpit diri, bekas isteri PU Abu iaitu Ain Afini memberikan kesan yang mendalam dalam hidupnya. Ain mengakui disebabkan rasa tertekan, doktor memberitahu kandungannya kurang aktif.

Sebenarnya keadaan kandungan tidak berada dalam keadaan baik, sewaktu saya buat pemeriksaan beberapa minggu lepas doktor kata bayi saya tidak aktif. Doktor nasihatkan saya supaya tidak terus berada dalam tekanan dan banyakkan berehat.

Meskipun melalui pelbagai dugaan, akhirnya pasangan ini sah bercerai talak dua semalam. Ain menyifatkan apa yang berlaku ada hikmah tersendiri dan dia redha dengan ketentuan takdir. Siapa tahu, selepas ini mungkin ada sinar kebahagiaan baharu buat dirinya.

Ustaz (Pu Abu) mahu kembali, namun saya menolak. Untuk apa? Dia pun sudah ada isteri. Saya tiada apa-apa nasihat padanya, biarlah dia dengan kehidupannya sekarang. Saya kuat apabila mendapat sokongan ibu bapa dan keluarga di sini.

Terdahulu, Terdahulu PU Abu menceraikan isterinya yang  sedang sarat hamil anak pertama mereka kerana mahu bernikah dengan seorang wanita berstatus janda bernama Hana Azraa. Semalam, pada awalnya mahkamah mengesahkan Ain dan PU Abu masih menjadi suami isteri kerana talak yang dilafazkan melalui WhatsApp tidak sah.

Namun, PU Abu tidak berlaku jujur dan ada menyembunyikan fakta, dia hadir semula ke mahkamah untuk memberikan kenyataan dan pasangan ini akhirnya sah bercerai talak dua.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak Gempakkvirall2 tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.