Artis ke bukan Artis ke semua SAMA Saja. Janna Nick Tidak Serik

Janna Nick Tidak Serik! Artis Atau Bukan Sama Sahaja…

Janna Nick bukanlah suatu nama asing dalam dunia hiburan negara. Beliau telah mencipta nama yang agak kukuh dalam industri dan sangat popular dalam kalangan peminta-peminat drama dan filem. Drama terbarunya lakonannya adalah Leftenan Zana.
Janna Nick memberitahu dia tidak serik untuk membintangi drama seperti Leftenan Zananamun perlu mengambil masa untuk melakukan persediaan dari segi fizikal, mental dan emosi.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 24, berkata sesiapa saja tidak kira artis atau bukan, mereka tetap akan dilayan seperti kadet lain selepas menyertai latihan di kem tentera.
“Tapi bagi saya, kalau nak buat lagi kena ambil masa sikit la. Sebab kita kena betul-betul pastikan dalam keadaan bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi.”

“Serik itu tidaklah tapi lebih kepada perit la. Maksudnya keperitan itu akan ambil masa yang lama untuk melakonkan watak seperti itu semula.”

Janna memegang watak utama sebagai Leftenan Zana.

Drama Leftenan Zana arahan pengarah Azman Hj. Yahya dan terbitan JS Pictures Sdn Bhd itu telah mula bersiaran pada 8 Februari lalu di Slot Lestary TV3 dan akan tamat pada hari Jumaat ini.Ia meraih sebanyak 10 juta tontonan sepanjang 10 minggu ia bersiaran.”Pengalaman saya dapat dari drama ni, tak kisah kita artis atau selebriti yang ada pengikut berjuta-juta, masuk kem latihan kau adalah sama dan akan dilayan seperti kadet-kadet yang lain,” katanya.Janna menganggapLeftenan Zana merupakan drama paling mencabar sepanjang dia berada dalam bidang lakonan.Selain Janna, drama tersebut juga dibintangi oleh Tunku Hanis, Sheila Rusly, Redza Rosli, Zarul Husin, Aprena Manrose dan Idzham Ismail.Menurut pengacara program Melodi ini, dia pernah hampir putus asa separuh jalan ketika penggambaran disebabkan mengikuti latihan yang telah tersedia.

Janna turut bergandingan dengan Tunku Hanis menerusi drama Leftenan Zana.
Janna turut menyedari tidak mudah untuk seseorang itu untuk menjadi seorang anggota pasukan keselamatan dan menyarung uniform tentera.

“Tak boleh nak mengeluh dan saya juga hampir berputus asa separuh jalan masa jalani penggambaran tu tapi tetap teruskan juga sebab tak nak susahkan pihak lain.”

“Leftenan Zana merupakan drama yang sangat-sangat mencabar sepanjang karier lakonan saya. Sebab kita bukan berlakon sebagai artis tapi kena betul-betul berlatih jadi askar.”

“Latihan tu yang susah. Apa yang saya boleh katakan, bukan mudah untuk seseorang itu menjadi askar untuk menyarung uniform tentera,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*