Arus Sangat Deras Di Kedalaman 30 Meter Tetapi Kotak Hitam Itu Penting Jadi Saya Kena Harungi Juga. Hendra

Semalam, pasukat mencari dan menyelamat SAR telah menerima isyarat bunyi ping daripada kotak hitam pesawat Li0n Air JT 610. Anggota penyelam dan penyelamat Indonesia telah berjaya menemui kotak hitam pesawat Li0n Air JT-610 hari ini yang terh3mpas di perairan Kerawang, hari Isnin lalu.

(Video Penuh Dibawah Artikel)

Menurut laporan dari KompasTV, anggota penyelam dan juga askar marin Hendra Saputra telah berjaya menemui kotak hitam tersebut pada 10 pagi tadi waktu tempatan.

Kotak hitam pesawat itu telah ditemui di kawasan perairan Kerawang, Indonesia dengan kedalaman 30 meter di bawah laut. Bagaimanapun, kotak hitam itu telah dibawa pulang sebuah Kapal Riset Baruna Jaya I milik Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi BPPT.

Menurut Ketua Pasukan SAR, Madya Muhammad Syaugi berkata keadaan ombak bergelora kuat di laut menyebabkan anggota penyelam sukar untuk mengambil kotak hitam itu.

Kami menemui sebahagian kotak hitam, iaitu FDR, tapi perakam suara kokpit VCR masih belum ditemui, katanya dalam siaran langsung yang disiarkan sebuah televisyen tempatan, TV One dari Kapal KM Baruna Jaya 1, yang terlibat dalam operasi pencarian itu di perairan Tanjung Karawang, Khamis.

Bagi memastikan keselamatan anggota penyelam yang lain, mereka sudah memasang sauh seluas jarak 400 meter ke arah Barat mengikut kedudukan koordinat kotak hitam tersebut.

Kotak hitam pesawat jenis B0eing 737 MAX 8 itu hari ini telah ditemui tetapi telah terpecah kepada dua bahagian dipercayai kerana hentakan yang kuat ketika terhempas. Peranti itu seharusnya memberikan petunjuk tentang apa yang berlaku pada pesawat itu setelah hilang hubungan selepas 13 minit berlepas awal pada hari Isnin dari Jakarta, dalam perjalanan ke Pangkal Pinang.

Pasukan penyelam Angkatan Laut, Tentara Nasional Indonesia TNI menjumpai kotak berwarna jingga itu sekitar 11.50 pagi waktu tempatan pada kedalaman 30-40 meter dasar laut dan dibawa naik ke atas kapal Baruna Jaya I.

Kotak hitam yang dinaikkan itu diselaputi lumpur dan ia perlu terus diletakkan di dalam bekas yang berisi air laut untuk memastikan fungsinya terpelihara dan seterusnya akan diproses mengikut prosedur tertentu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap data yang terdapat dalam peranti itu.

Peranti itu dijumpai pada 500 meter dari koordinat terakhir pesawat itu dikesan. Ia telah diserahkan kepada Badan Keselamatan Pengangkutan Nasional untuk pemeriksaan. Menurut pihak berkuasa, kotak hitam yang ditemui itu hanya megandungi rakaman data penerbangan, sementara perakam suara kokpit yang merakamkan percakapan terakhir antara juruterbang dan menara kawalan masih belum dijumpai.

Sebahagian serpihan dari kotak hitam terbabit dipercayai berada di sekitar lokasi penemuan serpihan pertama. Operasi mencari serpihan kedua diteruskan.

Sementara itu penyelam yang menemui FDR berkenaan, Sertu Hendra berkata beliau melihat sebuah kotak berwarna oren yang tertimbus di dalam lumpur di dasar laut.

Ketika itu saya menyelam di kedalaman 30 meter, saya juga melihat adanya b4ngkai pesawat, yang panjangnya kira-kira satu meter setengah, katanya.

Operasi SAR hari keempat hari ini itu turut mengunakan teknologi canggih seperti teknologi sonar yang sebelum itu telah mengesan isyarat ping di koordinat berkenaan.

VIDEO:

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang terkorban terus setia menunggu di pusat maklumat di Jakarta untuk mengetahui perkembangan terbaru insiden itu. Selain menunggu perkembangan terkini, mereka di sana untuk menuntut barangan peribadi mangsa dan juga memberikan informasi yang dapat membantu pihak berkuasa mengenal pasti mangsa seperti tinggi, saiz badan, dan jenis darah.

Perkembangan akan diberitahu oleh pihak polis kepada keluarga dan kenalan mangsa setiap hari

Penerbangan JT610 itu membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi Isnin lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Like Page Kami Di FB Gempak Virall II Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Youtube Channel Via Th Klsk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*