Bakteria Keracunan Makanan Dibawa Oleh Pekerja Asing Ke Malaysia.

Hampir semua pekerja asing yang diuji dalam satu kajian didapati membawa bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan dan juga kematian, kata penyelidik.

Penemuan terbaharu pasukan penyelidik dari Universiti Malaya yang diketuai Prof Madya Dr Siti Nursheena Mohd Zain mendapati kandungan bakteria keracunan makanan yang tinggi, dibawa pekerja asing yang bekerja dalam industri perkhidmatan makanan.

Ahli parasitologi itu berkata sampel diambil daripada 383 pekerja asing yang mengendalikan premis makanan di tiga bandar – Ipoh, Kuala Terengganu dan Shah Alam – hampir kesemua menunjukkan risiko bahaya kepada kesihatan.

Dr Siti Nursheena dan pasukannya mendapati 99.5 peratus sampel yang diambil dari pekerja asing mengandungi kandungan Aerobic Plate Count APC melebihi piawaian yang boleh diterima.

APC juga lebih tinggi di kalangan tukang masak, menurut dokumen yang diterbitkan dalam Jurnal Kesihatan Awam Asia Pasifik pada Oktober lepas.

Ia juga menunjukkan 64 peratus sampel pekerja mencatatkan jumlah Staphylococcus aureus melebihi tahap kebersihan yang boleh diterima manakala satu perlima menunjukkan tahap Escherichia coli, E. coli yang tinggi.

Kebanyakan bakteria Staphylococcus tidak menyebabkan masalah serius tetapi boleh membawa maut sekiranya bakteria memasuki aliran darah, sendi, tulang, paru-paru atau jantung.

E.coli, kumpulan bakteria yang pelbagai boleh menyebabkan cirit-birit, jangkitan saluran kencing, penyakit pernafasan dan radang paru-paru.

Video Sekadar Hiasan :

Sumber: Sinar/Youtube

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*