Begitu Teruja Saat Kanak Kanak Ini Bertemu Khabib Dan Mendapat Hadiah Dari Khabib Tapi Sebelum Itu Kena Ada Syaratnya.

Nama KHABIB NURMAGOMEDOV Juara UFC semakin menjadi sebutan di bibir netizen, pelbagai cerita berkenaan dengan beliau keluar di media sosial. Kisah bagaimana beliau berlatih dengan beruang sejak kecil sehingga kisah dia berjaya menewaskan Conor McGregor baru-baru ini di acara UFC yang berlangsung di Nevada, Amerika Syarikat. (Video Penuh Di Bawah Artikel)

KENALI KHABIB NURMAGOMEDOV BINTANG BELADIRI MMA ISLAM PERTAMA MEMENANGI UFC.

Yang tidak pernah mengenali kini mengaguminya. Yang tidak pernah endah akan asal usulnya kini memujanya. Pertarungan penuh aksi dan emosi UFC nyata meledakkan nama petarung UFC Rusia, Khabib Nurmagomedov apatah lagi berjaya menundukkan seterunya, Conor McGregor yang dilihat suka melakukan provokasi terhadap Khabib. Pertarungan yang berlangsung di T Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu menyaksikan McGregor ditundukkan menerusi submission (kuncian) rear naked choke pada minit 3.03 pusingan keempat.

Namun apa yang menarik tentang perlawanan semalam adalah perg4duhan luar gelanggang yang tercetus apabila Khabib naik angin dan membaling mouthpiece ke arah cornerman McGregor dan menyerang salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor yang dikatakan meng3jek agama dan ayah Khabib. Keadaan menjadi k3coh di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti.

Dengan memegang rekod kemenangan 27-0, Khabib kini atlet dan petarung UFC paling digeruni. Namun ramai yang tidak tahu asal-usul dan siapakah sebenarnya Khabib Nurmagomedov.

Semua tahu kisah Khabib ini setelah dia menang UFC baru baru ini tetapi terdapat juga kisah kisah yang tidak ramai orang tahu. Salah satu kisah adalah ketika kanak kanak ini sedang berjalan nak mengetuk kereta untuk meminta derma. Orang yang di dalam kereta tersebut adalah Khabib.

Khabib beritahu dia boleh memberi derma tetapi ada syaratnya. Kanak kanak itu haruslah membaca satu surah dari Al Quran.

Ketika kanak kanak itu sedang membaca satu potongan ayat Al Quran, alangkah terkejut Khabib bila alunan bacaan ayat Al Quran itu begitu merdu sekali.

Jom Saksikan Video Tersebut :

Video 25 kemenangan Khabib :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Youtube Channel Via NV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*