Berat Datuk Fazley Naik Mendadak Sama Seperti Wanita Yang Hamil 6 Tahun Lepas. Apa Yang Beliau Buat Cukup Mengagumkan.

Chef Selebriti Malaysia, Datuk Fazley Yaakob akui berat badannya pernah naik sebanyak 35 kilogram (kg) pada enam tahun yang lalu.

Datuk Fazley memberitahu ketika itu dia tidak berhenti makan kerana terpaksa menemani isterinya Datin Azerene Soraya yang hamil anak ketiga menjamu selera, malah terpaksa menghabiskan makanan yang tidak dimakan oleh isteri tersayang pada ketika itu.

Akibat daripada itu berat Datuk Fazley naik mendadak sama seperti isterinya yang sedang hamil. Apa yang melucukan, selepas isterinya bersalin Datuk Fazley memberitahu beratnya masih lagi tidak turun dan dianggap masih sama dengan wanita yang hamil.

“Sebelah kiri gambar kami 6 tahun yang lalu, dan sebelah kanan gambar saya dan @azrene_ahmad terbaru. Azrene hilang 45kg dan saya turun 35kg!

“Ketika Azerene mengandung, dia makan saya makan, dia tak habis makan saya makan, dia merajuk tak nak makan, saya tetap makan! Azrene naik badan sebab mengandung, saya naik badan teman isteri mengandung! Hahaha.

“Namun kami berdua sepakat untuk sama2 turunkan berat badan, yelah azrene dah bersalin, saya TETAP MENGANDUNG!” tulisnya lagi.

Fazley berkongsi cerita tersebut di akaun Instagram (IG) milik beliau. Menerusi foto yang dimuat naik, jelas perbezaan tubuh mereka yang susut dan Fazley turut berkongsi tips bagaimana hendak menurunkan berat badan.

“Bila di tanya macam mana kami lakukannya? Menjaga pemakanan, low or no sugar at all, dan berhati2 di dalam mengambil makanan harian. It wasnt easy, tetapi ianya mampu di lakukan! Setuju?” Katanya lagi.

Rata-rata terhibur dengan perkongsian Fazley dan mahu menurunkan berat badan seperti tips yang dikongsi oleh beliau. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9 tahun, Ahmad Fieradz Shah, 8 tahun, Ahmad Firudz Shah, 6 tahun dan Alayna Selma yang kini berusia sembilan bulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya, Jangan Lupa Like Page Kami Di FB Gempak Virall II Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*