Dakwah Ustaz Ebit Lew Kepada Golongan Mak Nyah Mendapat Pujian Dari Netizen.

Bagi yang tidak mengenali Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Ebit Lew sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW dan sering menggunakan tagline keluarga sunnah.

Siapakah Ustaz Ebit Lew? Beliau merupakan seorang berbangsa Cina yang tekun mendalami islam dan selalu berdakwah di kalangan umat Islam yang memerlukan tidak mengira kaum dan bangsa.

Baru-baru ini Ustaz Ebit Lew telah mendekati komuniti Mak Nyah dan memberi nasihat kepada golongan berkenaan secara baik.

“Maknyah, Syukur dapat jumpa 2 orang maknyah yang baik dan suka dengar nasihat. Sebak rasa. Semoga Allah terima. Jadi asbab hidayah. Beri hidayah kepada kami semua dan masalah lgbt..yang dah berhijrah harry. Harry banyak bantu kawan-kawan lain doakan buat lisa dan nana. Semoga Allah selamatkan dan terima semuanya”.

VIDEO :

Ramai netizen yang memuji cara Ustaz Ebit Lew memberi ceramah dan nasihat kerana kata-kata yang baik dan lembut serta jelas. Selain itu, ramai netizen memuji usaha Ustaz Ebit Lew kerana menjentik hati-hati golongan Mak Nyah untuk bertaubat.

Rata-rata pengikut di laman sosial memuji usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew. Semoga usaha Ustaz Ebit Lew mendapat kerahmatan dari Allah.

moga Allah kuatkan ustaz dan moga lbh ramai daie sehebat ustaz.

Berdakwah dgn berbagai cara. Tidak putus asa.

Moga mereka dan kita sentiasa dalam rahmatNya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: IG Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*