Doaa Berkahwin Tahun ni Termakbul

Doa Berkahwin Tahun Ini Termakbul, Nelydia Bawa Suami Tunai Umrah

PELAKON Nelydia Senrose berkongsi khabar gembira apabila berpeluang menunaikan ibadah Umrah bersama suaminya Mohd Hafez Halimi.

Menurut pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senrose, 24, itu, dia bersama suami dan kakaknya yang juga pelakon, Uqasha Senrose berangkat ke kota suci Makkah pada Rabu.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah sekali lagi saya berpeluang mengerjakan umrah di bulan yang mulia ini dan kali ini bersama suami serta kakak saya.

“Dengan ini saya memohan maaf di atas segala kesilapan diri ini pada yang mengenali saya secara dekat mahupun tidak. Doa kan segala urusan saya di permudahkan dan saya akan doakan kalian juga di sana InsyaAllah,” katanya.

Nelydia berkongsi perkara itu sementara menanti penerbangannya ke Makkah dengan membuat posting di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Pada Disember 2018, pelakon Cinta Tiada Ganti itu menunaikan ibadah Umrah bersama keluarganya.

Nelydia turut berkongsi salah satu doa adalah dipermudahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, Nelydia selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, pada 6 April lalu.

Pasangan itu dinikahkan bapa kepada Nelydia iaitu Nik Sen Mat Rifin di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dan dihadiri kaum keluarga serta rakan terdekat sahaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Video Viral

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Gempakkvirall2

Sumber : mStar, IG Nelydia Senrose via VideoViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*