Foto Aku Ingatkan Anak Patung Rupanya Anjing Hidup. Netizen Berang Seorang Wanita Bawa Anjing Ke Kedai Makanan Islam

Malaysia merupakan sebuah negara yang mana penduduknya terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan kaum. Untuk mengekalkan keharmonian dalam sesebuah masayarakat, setiap daripada kita hendaklah memahami konsep pelbagai kaum dan sentiasa menghormati diantara satu sama lain.

Baru-baru ini, tular di laman Facebook apabila terdapat seorang wanita berbangsa Cina yang dilihat telah mendukung seekor anak anjing di bahunya sewaktu membeli lauk di sebuah kedai makan Melayu di Temerloh.

Foto yang dikongsi oleh salah seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cbf Kecik pada 6 November lalu mendapat perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia.

Salam geng, maaf gambar tak cun sikit. Perempuan Cina ni dukung anjing, kami ingatkan anak patung tapi bila smpai dekat rupanya ada nyawa.

Kita pergi suruh dia jauh dengan tempat makanan tapi dia buat-buat tak faham macam tak tahu kita cakap Melayu. Bila kita suruh dia jauh dia buat tak tahu, tapi bila dia nak bayar kita cakap RM 17 ringgit, dia tahu pulak cakap.

Sepatutnya dia kena faham, this is Malaysia. Ada adab, ada berbagai bangsa dan agama jadi kena hormat sesama agama. Maaf bnyak2 kepada semua pelanggan yang marah tadi. Happy Deepavali semua.

Ternyata, tindakan wanita tersebut bukan sahaja dikecam oleh golongan yang beragama Islam, tetapi juga dikritik oleh golongan bukan Muslim.

Wanita tersebut seharusnya lebih cakna dan prihatin terhadap isu agama dan juga kebersihan kedai makan tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Like Page Kami Di FB Gempak Virall II Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: FB Cbn Kecik Via OHM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*