Foto Dan Video, Superstar Bola Sepak Ronaldinho Muflis Hanya Ada RM23.86 Dalam Akaun Dan Kereta Kena Tarik

Bintang bola sepak terkenal dunia, Ronaldinho Gaucho telah menggumumkan persaraannya dalam arena bola sepak secara rasmi pada awal Januari tahun lepas.

(Sila Scroll Kebawah Utk Tonton Video)

Pemain yang terkenal dengan gelaran King of Skill ini telah menjalani karier profesional selama 20 tahun dengan mewakili pasukan kebangsaan Brazil dan beberapa kelab terkenal di Eropah seperti, Barcelona dan AC Milan.

Selepas pengunduran Ronaldinho, peminat bola sepak saban hari mendengar berita yang kurang enak tentang pemenang Ballon D’Or tahun 2005 itu.

Pelbagai isu dan kontroversi telah timbul membabitkan dirinya sehingga menyebabkan status kewangan beliau terjejas dan hampir terancam untuk muflis.

Terbaru, menerusi mendedahan dari Football-Italia, sumber tersebut melaporkan bahawa Ronaldinho kini hanya memiliki wang simpanan sekitar €5 atau lebih kurang RM23.86 di dalam akaun kewangan peribadi miliknya.

Lebih parah, Ronaldinho dilaporkan sedang terjerat dengan krisis hutang dengan jumlah nilai yang tinggi disebabkan hukuman yang dikenakan ke atasnya oleh kerajaan Brazil.

Hukuman dari Mahkamah.

Football-Italia mendakwa krisis kewangan yang dihadapi Ronaldinho diyakini berpunca dari hubungan tidak baik dengan pemerintah kerajaan Brazil.

Isu ini mula tercetus pada tahun 2015 apabila beliau dan abangnya Roberto Asis telah membangunkan sebuah rumah di daerah Porto Alegre tanpa mempunyai premit yang sah dengan kata lain membina rumah tanpa mendapat keizinan kerajaan.

Selain itu, Ronaldinho juga telah bekerjasama dengan sebuah anak syarikat bernama Ren Constructions and Incorporations Ltd. untuk membina sebuah kilang gula dengan platform perikanan dan dermaga di kawasan pemuliharaan tetap di Tasik Guaíba juga tanpa memohon kebenaran kerajaan.

Akibatnya, pemain berusia 38 tahun itu telah dikenakan hukuman sebanyak £1.7 juta RM 9 juta. Bagaimanapun, pihak mahkamah tempatan melaporkan bahawa mereka hanya menerima bayaran dari Ronaldinho sebanyak £5 RM26.94 sahaja.

Dek kerana gagal melunaskan pembayaran seperti yang di perintahkan, pihak makhamah melakukan tindakan awal dengan menyita pasport Ronaldinho dan Asis.

Seperti laporan, jumlah wang pembayaran yang dikenakan keatas mereka berdua semakin meningkat kepada €2 juta RM9.545 juta setakat ini.

Hanya bergantung sumber pendapatan dari Barcelona dan nike

Keadaan kewangan Ronaldinho pada hari ini telah mengejutkan seluruh peminat yang mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa.

Sememangnya Ronaldinho tidak memiliki sumber kewangan lain dan hanya mengharapkan pekerjaannya sebagai duta di Barcelona dan duta kepada produk sukan terkenal, Nike.

Pun begitu, terdapat juga desus desus mengatakan bahawa pihak pengurusan Barcelona kini dilihat semakin menjauhi Ronaldinho kerana mendakwa beliau mempunyai hubungan baik dengan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro.

Penglibatan Ronaldinho dalam dunia politik.

Ronaldinho pernah dikaitkan bakal menceburi arena politik di Brazil selepas bersara dari bola sepak.

Pada penghujung tahun 2017, Roberto Asis yang juga merangkap sebagai ejen kepada Ronaldinho pernah mengesahkan bahawa bintang Brazil itu sedang membuat penimbangan untuk menyertai dalam dunia politik.

Ronaldinho telah ditawar untuk menjadi calon bagi kerusi senat Brazil daripada parti konservatif Patriota pada pilihan raya persekutuan tahun 2018.

Menurut Asis, Parti itu menghubungi kami untuk berbincang tentang pencalonan beliau.

Mereka sedia membuka pintu jika beliau berhasrat untuk memilih laluan tersebut. Ini bukan kali pertama sebuah parti politik menghubungi kami. Perkara sama turut dilakukan oleh parti Romario (Parti Sosialis Brazil).

Parti Patriota adalah sebuah parti politik milik calon yang bertanding untuk pilihanraya presiden, Jair Bolsonaro yang merupakan seorang ahli politik yang memiliki karakter penuh kontroversi di Brazil.

Sikap Bolsonaro yang memiliki pandangan terhadap perkahwinan sejenis, hukuman bunuh, dan polisi ketenteraan yang bertentangan dengan norma masyarakat dan rakyat Brazil sering mendapat kencaman rakyat negara Amerika Selatan itu.

Apabila Ronaldinho dilihat mempunyai hubungan erat dengan Bolsonaro, ia sedikit menjejaskan imej Ronaldinho yang sebelum ini menjadi ikon seluruh peminat bola sepak di dunia khususnya di Brazil.

Harta benda disita.

Ibarat jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib malang yang sedang dihadapi Ronaldinho pada ketika ini.

Selepas pasport disita, pihak berkuasa kemudiannya melancarkan operasi menyita barang-barang peribadi milik Ronaldinho.

Pihak mahkamah mendakwa Ronaldinho sebenarnya memiliki simpanan wang dan mampu untuk membayar denda yang dikenakan terhadapannya.

Namun, Ronaldinho seolah-olah sedang cuba untuk mengelak membuat pembayaran denda tersebut dengan menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai wang untuk menjelaskannya.

Oleh itu, pihak berkuasa telah memulakan operasi menyita barang-barangan peribadi termasuk kereta dan beberapa lukisan mewah dikediaman miliknya.

Hasil serbuah tersebut, pihak berkuasa turut merampas beberapa perabot mahal seperti televisyen, almari dan juga meja permainan foosball.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Daerah seperti dilaporkan Goal .

Berita tuntuan keadilan Porto Alegre, pada hari Rabu pagi, waran telah dikeluarkan dengan melakukan pengeledahan penyitaan kenderaan dan barang-barang mewah di kediaman Roberto de Assis Moreira (Ronaldinho).

Semasa operasi dilakukan, tiga kereta mewah berjenama Luxury dan lukisan dari pelukis André Berardo telah dirampas.

Selain itu, beberapa barang mewah juga dirampas, seperti televisyen, meja snuker, dan foosball.

Kekayaan milik Ronaldinho.

Kekayaan yang dimiliki Ronaldinho sebelum ini tidak boleh dinafikan lagi. Sumber data dari Forbes pernah menyatakan bahawa Ronaldinho sebagai pemain bola sepak paling tertinggi menerima pembayaran gaji pada tahun 2007 dengan anggaran pendapatan sebanyak $29.5 juta RM96 juta.

Selain itu, pemain yang pernah memenangi Piala Dunia, Liga Juara-Juara, Copa Libertadores dan Pemain Terbaik Tahunan Dunia itu juga pernah disenaraikan antara 10 pemain bola sepak paling terkaya di dunia.

Ronaldinho memiliki kekayaan di Brazil, Greece, Barcelona serta Florida dengan jumlah keseluruhan sebanyak £ 78 juta RM420 juta.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Like Page Kami Di FB Gempak Virall II Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: SemuanyaBola Via Utube

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*