Foto Dan Video Terbaru Anak Sultan Brunei Tayang Six Pack Sekali Lagi Buat Wanita Melting Habis.

Sejak kebelakangan ini seorang putera raja dari negara Brunei secara tiba-tiba menjadi kegila4n ramai gadis di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen.

Putera kacak yang lahir pada 10 Ogos 1991 merupakan anak kesepuluh Sultan Brunei, Sultan Hassan Bolkiah dan bekas isteri Hajjah Mariam.

VIDEO:

Tubuh Sado.

Bukan sekadar mempunyai personaliti yang lengkap untuk menjadi seorang Prince Charming, beliau memiliki tubuh yang sasa dan boleh buatkan ramai gadis boleh cair melebur.

Dikatakan jumlah pengikut seramai 654 ribu orang dan pastinya gambar ini dapat reaksi nakal dari peminat wanita kan?

Dikatakan lelaki yang bertubuh sasa atau dalam bahasa pasar sado menjadi pilihan wanita Malaysia. Lihat sahaja komen-komen nakal yang mereka lontarkan.

Putera Mateen sering kali menjadi subjek dan perhatian utama dunia serta lensa media dan tabloid yang dahagakan kisah-kisah peribadi mereka.

Ini berikutan ketampanan dan personalitinya yang ternyata mencuri perhatian ramai pihak terutama sekali anak-anak gadis sehingga menjadi tular di laman-laman media sosial. Jadi, kami senaraikan 6 fakta menarik tentang Putera Abdul Mateen yang perlu anda tahu.

1) BERPENGARUH DAN BERPENDIDIKAN

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen, lahir pada 10 Ogos 1991 dan beliau merupakan barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei berpangkat leftenan. Putera Abdul Mateen tidak ketinggalan mengikuti rekrut askar di Royal Military Academy Sandhurst dan menerima pangkat Leftenan. Dan kini baru sahaja menamatkan pengajian dalam ijazah jurusan Diplomasi Antarabangsa di SOAS, University of London.

2) AKTIF DAN LASAK

Sekiranya anda mengikuti perkembangan Putera Mateen, anda boleh dapat saksikan beliau cukup aktif dalam pelbagai kegiatan yang melibatkan sukan dan aktiviti lasak, antaranya sukan polo, boxing , bola sepak, sky diving, scuba diving dan banyak lagi. Beliau juga turut bermain untuk pasukan bola sepak Brunei, AM Gunners. Putera Mateen juga mendapat pengiktirafan dari PADI Open Water Course yang membolehkan beliau menyelam ke dalam laut sehingga 18 meter.

3) PENCINTA HAIWAN

Putera Mateen juga merupakan seorang yang sangat sayang haiwan. Sekiranya anda dapat saksikan melalui gambar-gambar di Instagram-nya, antara haiwan kesayangan yang dipeliharanya adalah beberapa ekor anak harimau tiger cub dan juga kucing.

4) SOCIAL MEDIA PERSON

Walaupun ramai golongan putera mahupun puteri raja tidak berapa gemar berkongsi aktiviti mereka di laman-laman sosial, lain pula dengan Putera Mateen yang dilihat cukup aktif di laman sosialnya. Di laman Instagram-nya saja, beliau sudah memiliki seramai 960k pengikut. Malah, beliau juga dilihat cukup suka berswafoto.

5) A FAMILY MAN

Selain banyak memuat naik gambar-gambar peribadinya melalui laman Instagram-nya, Putera Mateen juga boleh dikira seorang yang cukup menyayangi keluarganya. Banyak gambar yang dirakam bersama-sama ayah, ibu serta adik beradiknya. Ternyata beliau seorang family man.

6) PANDAI BERGAYA

Ya, seorang putera raja haruslah memilik sense of style kerana mereka sentiasa menjadi perhatian dan menjadi idola buat semua rakyat jelata khususnya. Tidak terkecuali Putera Mateen sendiri. Lihat sahaja gambar-gambar di Instagram-nya. Beliau dilihat sentiasa segak, pandai bergaya malah berkeyakinan terutama sekali apabila beliau menyarung sut di badannya. Ya, persis model antarabangsa.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya Dan Jangan Lupa Like Page Kami Di FB Gempak Virall II Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Youtube Channel Via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*