Gaya Bertudung Seperti Paderi Wanita Tok Ti Ditegur Netizen.

Kalau swafoto dengan Vivo, mesti teringat penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza yang tampil dengan iklan-iklan jenama telefon pintar global itu di kaca televisyen.

Sebagai duta rasmi yang dilantik sejak beberapa tahun dahulu, penyanyi lagu raya Air Mata Syawal itu sering melakukan sesi photoshoot bagi tujuan mempromosikan jenama tersebut.

Terbaru, beberapa keping gambar ketika menjalani photoshoot berkenaan telah dimuat naik ke dalam laman Instagram miliknya yang kelihatan sungguh cantik dan menawan.

Video:

‘ Wefie ‘ bersama #vivov9 @vivomalaysia @herworldmy

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Namun sedang orang ramai terutama peminat dan pengikutnya memuji kecantikan dan kejelitaan yang dimiliki ibu kepada Siti Aafiyah itu, ada pula yang mempersoalkan mengenai pemakaian hijab yang digayakan olehnya.

Photoshoot for @herworldmy

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

@vivomalaysia #vivov9

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Kenapa nampak macam…

Muslim dan artis kan? Takut jadi ikutan pulak…

Tegur je, maaf kalau terasa…

Selain itu, terdapat juga seorang individu yang tampil memberikan pendapat dan penjelasan mengenai tanggapan orang ramai terhadap agama Kristian.

Menurut Gabrien, tudung yang digayakan oleh Tok Ti kelihatan amat berbeza dengan Sister di rumah ibadat tersebut serta memohon netizen jangan meletakkan persepsi dan tanggapan buruk terhadap agama yang dianuti orang lain.

Tak perlu banding2 kan agama lain tau.

Sumber: IG CTDK/ OHM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*