Gelagat Lucu Nenek Ini Susun Pinggan Mangkuk Dalam Peti Sejuk Undang Gelak Tawa Netizen.

Dalam ramai-ramai ahli keluarga, biasanya yang paling memanjakan kita adalah nenek dan atuk. Gelagat mereka juga selalunya sangat menghiburkan anak dan cucu walaupun dimamah usia dan mungkin sudah kurang daya ingatan.

Seperti dalam video yang tengah hangat di laman Twitter baru-baru ini, seorang nenek menjadi terlebih kreatif untuk memanfaatkan ruang di dapurnya. Pada awalnya dia dilihat sedang ditemani oleh dua orang cucu ketika berada di dapur. Tapi mereka pelik apabila nenek tersebut membawa pinggan yang telah siap dibasuh ke arah peti sejuk.

Jom tonton gelagat Comel nenek ini :

Mereka berdua sangat terkejut apabila mendapati kedua-dua bahagian peti sejuk tersebut bukannya dipenuhi dengan bahan makanan, tapi pinggan, cawan dan sebagainya. Tambah lawak lagi apabila nenek itu turut menjawab yang peti sejuk tersebut dikuasakan oleh bateri, bukan elektrik.

Best dapat nenek macam ni..

Bateri pun boleh nek..

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Youtube Channel DD

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*