Gelagat Monyet Yang Comel Dan Pintar Menjadi Pelayan Restoran Untuk Membantu Tuanya.

Orang Jepun terkenal dengan kepintaran dan kreatif, tetapi bukan hanya itu, bahkan monyet yang dipelihara oleh mereka juga pintar. Monyet dalam video ini sangat pintar dan jinak. Ramai orang yang tertarik dengan monyet ini kerap pergi ke restoran ini. Monyet comel ini dipakaikan baju seragam dan bertali leher oleh tuannya supaya kelihatan segak.

Apabila pelanggan datang, perkara pertama yang dilakukan oleh monyet ini adalah membuka kabinet untuk membawa tuala kepada pelanggan. Monyet pintar ini juga pandai mengira pelanggan yang datang, dan ia akan mengambil jumlah tuala mengikut bilangan orang dalam kumpulan pelanggan yang datang. Apabila dia melihat pasangan pelanggan masuk ke restoran, dia akan mengambil dua tuala untuk pelanggannya.

Setelah memberi tuala, dia akan kembali ke kabinet tuala. Apabila dia melihat tetamu seterusnya membuka pintu, dia berlari untuk meneruskan kerja. Dia juga membantu tuannya membawa makanan untuk tetamu. Setelah para pelanggan selesai makan, dia segera mengemas meja makan.

Jika tiada pelanggan ia akan baring di atas bantal untuk berehat. Nampaknya ia sangat bekerja keras sehingga penat.

Lihat wajahnya yang penat.

Selain itu, monyet comel juga membantu tuannya mengelap meja makan.

Monyet ini bukan sahaja bijak tetapi juga sangat rajin. Ramai pelanggan suka datang ke sini kerana ada pelayan yang pelik dan comel.

Jom saksikan Video ini:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Youtube Channel

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*