Hamil 4 Bulan, Cara Anzalna Nasir Dan Suami Buat Kejutan Kepada Keluarga Memang Win Habis.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, pastinya ada keinginan untuk memiliki cahaya mata. Namun rezeki setiap orang tidak sama. Ada yang terus mengandung selepas berkahwin. Ada yang kahwin tiga tahun baru dapat anak.

Ada juga yang menunggu zuriat selepas 10 tahun baru dapat. Ada juga yang bertahun-tahun mencuba tetapi Allah masih belum kurniakan rezeki zuriat.

Menerusi akaun Instagram, pelakon cantik manis Anzalna Nasir memuatnaik satu rakaman video membuat kejutan pengumuman kehamilannya kepada ahli keluarga pada hari ulangtahun kelahirannya.

Cara Anzalna dan suaminya Mohamad Hanif Mohamad Zaki memang sangat win !! Anzalna memberi hadiah kepada mereka dan mengatakan itu buah tangan dari Paris.

Apabila membuka hadiah tersebut, ahli keluarganya terperanjat melihat gambar scan baby yang ada dalam kotak hadiah. Mereka menjerit kegembiraan dan lantas memeluk Anzalna.

Ini antara saat indah yang dapat dikongsikan bersama keluarga tersayang. Penantian selama 3 tahun akhirnya terjawab. Alhamdulillah. Ketika ini Anzalna sedang hamil 4 bulan.

Baca perkongsian Anzalna dan tonton video penuh di bawah :

” The moment i’ve been waiting for.. Allah knows what is the best for you and when its best for you to have it.. “

” On this special day, on my birthday, I would like to share with all of you that @hanif_zaki and i are expecting our first baby. Syukur Alhamdulillah.. “

” Terima kasih kepada semua yang selama ni mendoakan Anzalna dan suami untuk menerima zuriat. Benar! “

” Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal.. “

Rata-rata pemiant mengucapkan tahniah kepada Anzalna dan suami. Antara komen-komen peminat :

” Touching gilak gilakk..rasa nak nagis pun ada.. “

” Congratz si cantek manis & suami.. semoga selamat semuanya.. Aamiin @anzalnanasir88.. “

” Cantiknya 4 months pregnant! I looked horrible because of hyperemesis gravidarum. Congratulations! “

” Alhamdulillah congratulations.. may allah ease everything n smooth journey on ur pregnancy.. “

” Terharu tgk, finally tahniah jaga diri dan baby. semoga dipermudahkan segalanya.. “

” Syukur Alhamdulillah. Tahniah, jaga diri baik2. Jangan lincah2 sangat. Very happy for both of you.. “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah kepada Anzalna dan suami. Semoga Allah permudahkan urusan Anzalna sehingga ke proses bersalin dan seterusnya nanti. Rezeki itu tidak pernah salah alamat.

Selamat ulang tahun kelahiran buat bakal ibu yan cantik ini. Semoga dalam lindungan Allah selalu.

Tonton video di bawah :

https://youtu.be/k8FJ7cdj1Lg

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anzalna Nasir by Berita Kopak / Ciungwanara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*