I Dont Know Speak Arabic Assalamualaikum. Peminat Terkejut Cristiano Ronaldo Beri Salam Disangka Sudah Peluk Islam

Sebelum kenal apa itu bola sepak yang sebenar, apa yang saya tahu tentang bola sepak hanyalah sukan yang dimainkan oleh saya dan beberapa rakan saya di jalan di Madeira. Bila saya sebut jalan raya, ia benar-benar jalan, bukan jalan kosong seperti yang anda fikir. Bila kereta lalu, kita perlu menghentikan permainan untuk seketika, kemudian sambung bermain

Siapa sangka bermula dari kisah di atas muncul seorang pemain bola sepak bernama Cristiano Ronaldo yang kini menjadi pujaan peminat seluruh dunia. Beliau, yang bermain bola sepak sejak kecil di jalanan kini bergelar antara pemain bola sepak terhebat dalam sejarah.

Selain itu Ronaldo yang juga dikenali sebagai CR7 boleh bermain sebagai penyerang kiri dan kanan dan penyerang tengah kini bermain untuk pasukan Juventus. Sebelum itu beliau pernah bermain untuk Real Madrid, Sporting Lisbon dan Manchester United (MU).

Lebih menarik untuk diperkatakan adalah, beliau yang juga pemenang Ballon D’or sebanyk 5 kali dilihat sentiasa tampil mempertahankan kepentingan agama Islam, walaupun dia seorang Katolik yang taat.

Tular satu kisah suatu masa dahulu, media terbesar berpengkalan di Sepanyol, Marca memceritakan bagaimana rakan sepasukan Ronaldo , Mesut Ozil, pemain muslim asal Jerman yang berdarah Turki ini, memberitahu bahawa  Cristiano Ronaldo sudah menghafal huruf hijaiyah, dan juga sudah hapal surat kegemarannya, iaitu surat Al-Fatihah.

Namun kesahihan cerita tersebut telah dipersoalkan malah Ozil sendiri tidak tampil secara rasmi menjelaskan hal tersebut. Netizen turut memberi pendapat masing-masing malah ada yang berpendapat hal tersebut adalah fitnah semata-mata.

Turut tular bersama cerita tersebut tentang bagaimana Mesut Ozil memberitahu, ” Cristiano Ronaldo selalu menunggu saya selesai solat di rest room, saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji,” ujar Ozil.

Meskipun begitu belum ada pengesahan dari Mesut Ozil mahupun Cristiano Ronaldo sendiri berkenaan isu tersebut. Mungkin bagi mereka itu hanya perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan. Walaupun peminat beliau serata dunia terutama yang beragama Islam pasti sangat teruja dengan isu tersebut.

Dalam pada itu timbul pula khabar angin dalam media Sepanyol dan Portugis bahawa jika CR7 akan menjadi seorang muslim. Namun, Ronaldo belum menyatakan beliau sudah mengucapkan 2 kalimah syahadah sebagai bukti beliau telah memeluk Islam, meski segala perbuatannya selalu menyokong Islam.

Manakala terbaru melalui klip video pendek yang dikongsikan oleh seseorang, yang memaparkan Cristiano Ronaldo sedang live bersama peminat beliau. Sempat didengari Ronaldo membalas kata-kata peminat ” I dont speak Arab, I dont know Arab. Assalamualaikum” kata Ronaldo.

Jom lihat video tersebut di bawah;

Jom baca pula apa komen netizen di bawah.

1. lol kan di akun twiter ozil yang nyebut ronaldo hapal surat alfatiha kagak mungkin jugakan ozil videoin nya wkkwkw

2. Itu artikel, bukan dia sndiri baca. Jgn jadi org yg mudah percaya dkt zaman cyber ni . Boleh dtg fitnah . Kalau dia hafal Alhamdulillah la, doakan dia dpt hidayah peluk Islam la. Itu je nak ckp.

3. Undertaker kalo tgk kamus maksud dia tanah kubur. Nasir bilal Khan mmg Islam. Tu kot undertaker hahhaa. Dh pemes kau ye do. Ingat dulu2 main tuju kasut croc skali.

4. Sebenarnya nabi jawab mcm tu sbb cara org kafir masa tu yg bagi salam dalam maksud penghinaan. Kalau dia bagi salam dgn cara baik, jwb dgn cara baik. Hanya sekadar waalaikumsalam. Sbb pernah masa tu di arab org bukan islam tanya nak ucap khabar dlm bahasa arab mcm mana and diorg sebut salam alaykum. Btulkan jika ada yg salah atau silap. Kita sama2 manusia ni ape yg aku blajar dlu la. Wallahualam.

5.Even though he’s not really good playing football, but i respect this.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*