Insan Yang Berhati Mulia Ini Sanggup Menyediakan Sajian Percuma Untuk Pelajar IPT Yang Memerlukan.

Pengalaman terpaksa mengikat perut semasa belajar di sebuah institusi pengajian tinggi IPT di Johor tujuh tahun lalu mendorong pengusaha kedai makan di sini menyajikan sajian percuma kepada pelajar IPT yang menghadapi masalah kewangan.

Kalau sudah namanya mahasiswa, pasti pernah merasa bagaimana peritnya apabila terpaksa mengikat perut lantaran perbelanjaan bulanan terpaksa dicatu. Tambahan pula bukan berasal daripada keluarga yang senang.

Aifa Azman, 25, pemilik Drastix Cafe di Kondominium Kristal di Seksyen 7, Shah Alam menyediakan nasi bujang yang terdiri daripada nasi bersama sup kosong, telur dadar dan sambal belacan.

Untuk students di sekitar shah alam terutama seksyen 7 yang mengelami masalah kewangan untuk membeli makanan berat seperti nasi, asyik-asyik makan maggie dan ikat perut berlapar, mari datang ke Drastix Cafe untuk dapatkan nasi percuma.

Tak perlu kamu cerita masalah kamu, asalkan kamu jujur pada diri sendiri kamu tahu kamu memerlukan pun sudah cukup.

#freefoodforneededstudents#drastixcafe

Drastix cafe,

Unit Kedai 5, Tingkat 1, Bok 2, Kondominium Kristal,

Jalan Pualam 7/32, Seksyen 7,

40000 Shah Alam.

Anda nak sumbang apa-apa untuk tolong cafe ni boleh whatsapp no ni 0172260539

Saya turut selang-seli dengan masakan istimewa seperti ayam masak sambal pada hari tertentu, katanya dipetik Bernama.

Menurut Aifa yang pernah menuntut di sebuah IPT di selatan tanah air tujuh tahun lalu, restorannya dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam, dan dari hari Isnin hingga Jumaat.

Pelajar IPT bolehlah datang pada waktu itu untuk mendapat makanan percuma, katanya.

Selain mahu membantu pelajar IPT yang kesempitan wang, Aifa berkata niatnya berbuat kebajikan kerana mahu menyedekahkan pahala buatnya ibunya yang meninggal dunia pada 2014.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, beliau menggunakan wang simpanannya untuk menyediakan sajian percuma berkenaan.

Beliau juga menerima sumbangan orang ramai yang ingin bersedekah untuk tujuan membantu pelajar yang memerlukan.

Aifa berkata, beliau berharap pemberian makanan percuma itu dapat dijadikan aktiviti berpanjangan dan bukan sekadar untuk sementara waktu.

Video Penuh :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Youtube Channel Mstar Tv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*