Jejaka Ni Disangka Dah Berpunya Krn Ibu Awet Muda

Pasti seronok jika umur sudah mencecah 50 tahun tapi disangka sebaya dengan anak sendiri yang dalam lingkungan 20an. Namun bagi seorang jejaka bernama Azri, lain pula kisahnya bila ibunya yang berwajah muda orang sangka sebagai teman wanitanya.

Oleh sebab selalu berkepit dengan ibu di dalam gambar, orang ramai menyangka lelaki ini sudah pun berteman. Azri akhirnya tampil dengan satu tweet untuk menjelaskan bahawa wanita yang selalu bersamanya itu adalah ibunya sendiri.

Antara penyebab orang ingat aku dah berpunya ni lah. Syurgaku. Hahahaha. Ni ibu yang melanirkan akulah bukan makwe. pic.twitter.com/3hna4ELhIT

— ازري (@Azrihenzhao) June 6, 2019

Jika dilihat sendiri betapa cantik dan berseri ibu jejaka ini memang tidak hairan lah ramai yang menyangka wanita ini adalah kekasih Azri.

Malah netizen turut mengkagumi penampilan si ibu ini yang sudah kelihatan seperti adik beradik dengan anaknya sendiri.

“Mudanyaa rupaa”

Mak makan apa yang lawa sangat ni…

Apa rahsia kejelitaan abadi..

Malah ramai juga gegadis yang mengaku cemburu dan rasa tidak konfiden untuk berkawan dengan pemuda itu. Memang susahlah bagi Azri untuk akhiri zaman bujangnya kalau semua calon rasa tergugat dengan bakal mak mertua.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Twitter via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*