Kahwin Tak Jadi, Ini Nasihat Sharnaaz Buat Awi & Atikah

Kahwin Tak Jadi, Ini Nasihat Sharnaaz Buat Awi & Atikah

Tinggal beberapa hari saja lagi bakal mendirikan rumah tangga, ramai peminat terkejut apabila majlis perkahwinan Awi Rafael dan Atikah Suhaimie dibatalkan secara mengejut pada saat akhir.

Berita pembatalan perkahwinan pasangan itu mendapat perhatian Sharnaaz Ahmad yang memberikan nasihat serta kata-kata semangat buat Awi dan Atikah.

Menurut Sharnaaz, perancangan Allah itu lebih halus dan, sebagai manusia kita harus reda dengan ketentuan-Nya. Sharnaaz juga mendoakan agar mereka beruda sentiasa dalam lindungan Allah. Katanya lagi, soal jodoh, perpisahan & kematian sudah pun tertulis.

Status yang dimuat oleh Sharnaaz itu turut mendapat perhatian netizen yang bersimpati di atas apa yang berlaku pada Awi dan Atikah. Kata netizen, adalah lebih baik jika perpisahan terjadi sebelum berkahwin.

Sejak kebelakangan ini, status rumah tangga Sharnaaz Ahmad terus menjadi tanda tanya netizen apabila masing-masing dilihat memuat naik status luahan hati di media sosial.

Sumber : Roti Kaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*