Kecunnddaanngg di bulan puasa

‘Van Jenazzah hantar kerumah’ – Akhirnya, Nabila Huda mengaku ‘Kecundang Di Bulan Puasa’..!

Aktres popular, Nabila Huda berkongsi sepotong video dirinya melakonkan watak gadis yang ditangkap akibat tidak berpuasa di khalayak ramai.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya (IG) buat tatapan umum.

Dalam video tersebut, Nabila melakonkan tiga watak dengan penceritaan berbeza dan ianya dibuat hanya untuk tujuan gurauan di IG TVnya.

Rakaman penuh di link ini

“Saya ingat dulu, saya tak puasa, saya terlalu lapar, saya pergi kedai mamak saya terus rampas makanan orang..

saya terus masuk dalam mulut saya, saya kena hantar hospital, saya masuk Iokap lah, mak bapak saya sedih fikir kenapa diorang didik saya jadi macam ni.

Kena angkut dengan van jenazzah

“Paling saya suka bila time solat lah, bila time wuduk saya minum air, tapi saya dah tau dah imam tu perasan apa saya buat, tiba-tiba saya kena angkut dengan van jenazzah.

Sambung beliau lagi..

“Masa tu tengah muda memang tak fikir apa lah kan, van jenazzah hantar balik rumah, mak bapak haIau saya dari rumah, yelah kan van jenazzah hantar balik rumah, orang kiri kanan…”dialognya dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Nabila berasa terhibur melihat gelagatnya dalam video tersebut, tidak ketinggalan beberapa rakan artis yang turut meninggalkan komen.

Sedikit info mengenai Nabila, anak kepada penyanyi Amy Search ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2001 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Sumber : Astrogmpak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*