Kenapa Patung Teddy Bear Tidak Boleh Dibawa Tidur. Ustaz Jin Dedahkan Sesuatu Yang Ramai Tak Tahu Dan Menyeramkan.

Contohnya patung teddy bear, ramai perempuan dewasa yang menyimpannya di dalam bilik dan dijadikan ‘teman’ sewaktu tidur malam. Namun tahukah anda, apakah akibat dan hukum meletakkan patung hidup di dalam rumah yang didiami?

Menerusi perkongsian facebook seorang pengamal perubatan Islam, iaitu Ustaz Norazman Albanjary, ini pasti ramai yang tak sangka. Akibat menyimpan patung teddy bear atau patung benda hidup ini adalah salah satu punca seseorang itu terkena s1hir/s4ka.

“Ini Adalah antara patung yang dimilik pesakit terkena gangguan s1hir/s4ka. Malaikat tidak akan masuk rumah yang ada patung besar dan kecil kecuali malaikat m4ut. Apabila malaikat tidak masuk, jin dan sy4itan akan senang masuk dan mudah terkena gangguan. Keluarkanlah patung-patung yang besar atau kecil untuk menggelakkan daripada gangguan sy4itan dan jin. Perempuan yang akil baligh yang main patung hukumnya adalah har4m. Wallahualam.”’

Setakat ini, perkongsian itu mendapat lebih 14,000 ‘share’ dari pengguna facebook.

Ustaz Norazman Al-Banjary atau lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Jin’ seorang pengamal perubatan Islam yang giat aktif menjelajah seluruh negara bagi menawarkan perkhidmatan perubatan alternatif percuma secara terbuka kepada orang ramai.

Beliau amat pakar dalam bidang mistik, dan hanya menggunakan bacaan ayat suci al-Quran untuk membantu merawat pesakit yang mengalami masalah gangguan jin terutama s4ka dan s1hir.

Hebatnya penangan ‘Ustaz Jin’ ini, hingga membuatkan orang ramai sanggup menunggu berjam-jam lamanya dan sebahagiannya juga sanggup menunggu sehingga Subuh.

Hukum Menyimpan Teddy Bear & Patung Seangkatannya. Hukum menyimpan patung ini khilaf, ada yang mengharuskannya dengan syarat, dan ada juga ulamak yang mengh4ramkannya secara total. Kebiasaannya, ulamak yang mengh4ramkan gambar benda-benda hidup, akan turut mengharamkan patung-patung ini. Ini kerana, ia boleh menyebabkan berlakunya kesy2rikan dan pemujaan tanpa disedari.

Namun, ada pengecualian bagi patung ini, iaitu patung-patung yang menjadi permainan kanak-kanak, maka takde masalah. Cuma yg menjadi masalahnya, orang2 tua pun dok main lagi patung2 ni.. mcm patung2 Kamen Rider, Transformers dsb.. itu bagi lelaki la.. Kalau perempuan plak, ada yg daripada kecik sampai la dah punya anak kecik, masih lagi tak bleh berenggang dengan Teddy Bear.

Sepatutnya, bila dah besar maka sifat kebudak2an kena la dibuang sedikit demi sedikit.. sebab tak lama lagi dah nak jadi isteri seterusnya menjadi mak orang.

Kalau masa kecik-kecik dulu, kena tidur peluk teddy bear, bila dah besar ni, peluk bantal bolster (bantal panjang tu).. daripada cadar Winnie The Pooh kepada cadar bunga2 ke.. benda2 ni walaupun nampak remeh, tapi sedikit sebanyak boleh mempengaruhi watak dan pemikiran seseorang.

“Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung” (HR. Muslim)

Di bawah ni ada sedikit penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Rumah yang tidak dimasuki malaikat, maka yang masuk adalah syaitan. Jangan terkejut kalau tengah-tengah syok peluk teddy bear yang berbulu lembut, tiba-tiba berubah menjadi makhluk yang berbulu kasar.

Jika malaikat tak masuk, siapa yang masuk? Syaitan yang akan masuk ke dalam rumah. Bila syaitan masuk, rumah akan jadi panas, rumahtangga juga akan bergoyang.

Malaikat masuk ke dalam rumah kita membawa keberkatan dan cahaya, so anda pilih lah nak siapa masuk dalam rumah, pilihan ditangan anda. Sumber: INFOKINI via sehinggit

Bagi manusia yang meletakkan hawa nafsu dan kemahuan diri sebagai keutamaan, apa saja sanggup dilakukan walaupun bertentangan dengan agama dan syarak. Siapa sangka, masih ada yang memilih ilmu hitam untuk mendapatkan apa yang dihajati.

Pengamal perubatan alternatif, Ustaz Din mendedahkan azab yang terpaksa dihadapi pesakitnya apabila terkena buatan minyak pengasih. Berpunca anak patung.

Menurut satu status di page Facebooknya, Ustaz Din menceritakan pengalamannya merawat pesakit yang terkena gangguan sehingga pihak perlu membakar anak patung kerana terdapat sapuan minyak pada patung itu.

Rawatan semalam. Bila pesakit dirukyah (bacaan ayat al-Quran untuk memohon bantuan perlindungan)… anak patung terpaksa dibakar kerana terdapat gangguan… sapuan minyak pada patung tersebut yang menyebabkan pesakit akan sakit berterusan selagi tak dibuang atau dibakar. Allahu Rabbi (Ya Allah Ya Tuhanku).

Menurut Ustaz Din kepada Mstar, pesakit dirawatnya itu merupakan seorang janda berusia dalam lingkungan 20-an. Pesakit mengalami sakit misteri sejak 4 bulan lalu

Kami diberitahu yang pesakit telah terkena gangguan misteri sejak kira-kira empat bulan lalu, menyebabkan dia sakit-sakit badan, sakit kepala dan asyik termenung.

Jadi, kami pun melakukan ‘rukyah’ bagi mengenal pasti sama ada dia terkena gangguan atau tidak. Ya, dia terkena s1hir, alami gangguan jin, dan puncanya daripada sebuah anak patung.

Menurut pesakit, dia menerima patung teddy bear merah jambu itu daripada bekas kekasih sebagai hadiah hari lahir. Dakwa Ustaz Din, patung itu sudah disapu dengan minyak pengasih iaitu amalan sy1rik bagi menundukkan pasangan dengan bantuan jin.

Saya melakukan rawatan antaranya ‘berdialog dengan jin’ yang menemukan kami dengan punca sebenar pesakit ini mendapat gangguan.

Minyak pengasih itu disapu pada bahagian tangan anak patung beruang. Sebab itu, pesakit asyik termenung dan teringatkan bekas kekasih.

Pesakit itu sebelum ini ada mendapatkan rawatan dan pulih namun kembali mengalami gangguan. Menurut Ustaz Din, berkemungkinan anak patung yang bertindak sebagai perantara menyebabkan gangguan kembali berlaku. Untuk itu dia membuat keputusan membakar patung tersebut.

Tapi sepanjang anak patung itu ada di rumahnya, dia diganggu macam-macam. Tapi pesakit tak tahu ‘benda’ tu menumpang pada anak patung.

Jadi, dengan bantuan Allah SWT, kami berusaha membantu merawat pesakit ini. Menerusi sesi rawatan kedua, kami melakukan ruqyah di samping membakar anak patung itu yang menjadi ‘rumahnya’ selama ini.

Alhamdulillah, pesakit itu dapat disembuhkan, tiada lagi gangguan. Dia telah melakukan rawatan susulan selepas itu. Sumber: Mstar, Perawatan Ustaz Din

1 Comment

  1. Hi. I have checked your mamakusyg.com and i see you’ve got some duplicate content so probably it is the reason that you don’t rank high in google.

    But you can fix this issue fast. There is a tool that rewrites articles like
    human, just search in google: miftolo’s tools

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*