Ketawa Bukan Saja Baik Untuk Kesihatan Badan Bahkan Mampu Buat Diri Lebih Menarik Dan Tertarik Jom Saksikan Video Kompilasi Lawak.

Kita akan ketawa bila merasakan sesuatu perkara itu lucu atau pun ketika kita sedang menonton cerita yang lawak. Ketawa merupakan satu ekspresi dalam diri seseorang bagi meluahkan rasa bahagia, seronok dan gembira yang ingin dikongsikan.

Walau bagaimanapun, ketawa bukanlah hanya satu ekspresi yang ada dalam diri manusia malah ketawa juga boleh merangsang serta memberi kesan positiviti dalam diri seseorang.

Menurut beberapa kajian yang dilakukan, individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit.

Hal ini terjadi kerana apabila ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan meningkat dan kedua-dua kadar ini kemudiannya akan turun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. Jom kita lihat 4 fakta mengikut sains mengenai ketawa di bawah ini.

1. Ketawa memberi kesihatan yang baik kepada tubuh badan.

Menerusi artikel Humor An Antidotes For Stress yang ditulis oleh seorang jururawat berdaftar, Patty Wooten mendedahkan gelak tawa memberi banyak kebaikan kepada diri manusia.

Secara naturalnya, ketawa boleh mengurangkan hormon tekanan dalam diri dan meningkatkan tahap aliran darah dalam badan sekali gus ia dapat melindungi tubuh badan daripada diserang penyakit berkaitan jantung.

Secara umumnya juga ia akan menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Hal ini akan mengurangkan risiko untuk terkena jangkitan dan penyakit kerana ia akan mengekalkan kekebalan dalam diri.Dengan ketawa juga, ia akan melepaskan endorfin ke bahagian otak yang akan membuatkan diri individu terasa tenang dan bahagia. Oleh itu, jika anda terasa tertekan dan murung, cari sesuatu yang boleh membuatkan anda ketawa untuk kembalikan mood untuk menempuh kehidupan seharian anda.

2. Ketawa dapat mengukuhkan lagi hubungan anda.

Secara amnya, ketawa juga dapat mengukuhkan lagi hubungan seseorang itu. Jangan menjadi individu yang mengeluarkan tenaga negatif yang datang bersama tekanan sebaliknya jadilah individu yang melepaskan tenaga positif dan ketawa yang boleh melibatkan dua orang dalam waktu yang sama.

Menggabungkan ketawa dalam hidup anda boleh meningkatkan serta menguatkan lagi kualiti dalam perhubungan anda. Secara tidak lansung ia juga akan meningkatkan kualiti masa dalam semua aspek kehidupan.

3. Ketawa boleh mengubah persepsi dalam kehidupan.

Individu yang kerap ketawa dapat mengubah serta menukar pandangan dan perspektif dalam kehidupan. Ia akan memberikan skop yang lebih meluas dan membuatkan seseorang itu lebih bebas dan berfikiran terbuka mengenai sesuatu perkara. Ia juga akan menghentikan seseorang itu berfikir secara keterlaluan mengenai masalah kecil.

Ketawa sehingga sakit perut dengan pantas dapat merehatkan seluruh tubuh badan dan menenangkan tekanan dan ketegangan yang ada.

4. Ketawa akan membuatkan anda lebih tertarik.

Individu yang sering tersenyum dan ketawa lazimnya lebih menarik dan menawan berbanding individu yang selalu murung dan marah. Ketawa juga mempunyai kecendurungan dalam mengurangkan ketegangan serta keganjilan dalam sesetengah situasi. Jadi, jangn bimbang untuk memulakan jenaka jika anda keluar untuk janji temu yang pertama kelak.

Ia dapat memberi insprasi, motivasi dan apa yang penting dapat membuat mereka ketawa.

Ketawa Bukan Saja Baik Untuk Kesihatan Badan Bahkan Mampu Buat Diri Lebih Menarik Dan Tertarik Jom Saksikan Video Kompilasi Lawak.

VIDEO 1:

Lawak dohh…😂😂🙈

Posted by Jamil Ahmad on Monday, 24 September 2018

VIDEO 2:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: FB Jamil Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*