Lagak macam Diva

‘Lagak Macam Diva Tapi Takda Adab’ Ini Luahan Sebenar Penaja MeleTOP pada Neelofa

Sekitar semalam, rancangan MeleTOP yang diacarakan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad telah meraikan kejayaan mereka meraih sekitar 1 juta subcriber di Youtube. Oleh yang demikian, set mereka telah dihiasi dengan dekorasi belon yang pelbagai dan pastinya tidak sama seperti set-set sebelum ini. Namun setelah rancangan semalam tamat bersiaran, penaja bagi dekorasi belon tersebut iaitu Masviona Muhamad telah mendakwa bahawa Neelofa telah bertindak kurang profesional. Jadi, dia juga sempat meluahkan kesal di Facebooknya.Jangan berlagak diva dan kekwatSaya Mohon Maaf Terlebih Dahulu Pertama sekali saya mohon maaf kerana dalam tulisan saya kali ini saya terpaksa reveal status saya sebagai owner. Seriously this is not me, even tak pernah sekali pun rasanya dalam mana² tulisan saya sebelum ini yang mana saya dengan sengaja nak highlight berkenaan status saya dalam syarikat kerana saya bukanlah sejenis manusia yang merasa bangga dengan gelaran founder, owner, ladyboss. Bigboss or etc. Malahan saya selalu ingatkan pekerja saya tolong jangan bagitau saya boss unless orang tu dah memang tahu sendiri. Pada saya tiada isu pun walau apa pun jawatan kita dalam syarikat dekat luar kita tetap manusia yang sama taraf disisi Allah tiada beza hanya yg berbeza adalah tanggungjawab kita sahaja. Berbesar hati kerana dapat bekerjasama menjayakan MeleTOP Baiklah untuk menyoroti kembali kejadian pada malam tersebut, glowing Party House adalah syarikat yang telah dilantik untuk menaja dekorasi belon bersempena dengan sambutan 1 Million Subscribers Youtube MeleTop. Buat pengetahuan semua, sepanjang 6-5 tahun yang lepas Glowing Party House berbesar hati kerana dapat bekerjasama dalam menjayakan program MeleTop ini dan sepanjang tempoh tersebut tidak pernah timbul sebarang masalah pun.Artis antarabangsa tapi sikap tidak mencerminkan status yang di sandangNamun tidak pada kali ini, dan perkara ini telah menyebabkan kami selaku penaja sangat² berasa kesal dan tidak berpuashati dengan host rancangan tersebut iaitu Neelofa. Neelofa yang umum tahu adalah artis yang bertaraf antarabangsa namun pada malam tersebut sikap beliau tidak mencermin beliau selayaknya menyandang tittle tersebut. Rupa-rupanya apa yang membuatkan Masviona berasa kesal bila Neelofa dengan sesuka hati mengubah dekorasi belon yang sudah sisetup oleh pihaknya Neelofa tidak mahu belon tersebut berada di bahagian belakang Ini kerana Neelofa seolah² berlagak diva dan tidak menghormati kami sebagai pihak penaja apabila beliau tanpa segan silu terus bertanya sejurus selepas beliau memasuki studio pada kira² jam 6.40pm beliau bertanya samaada dekorasi belon ini adakah hanya pada segmen pertama sahaja ataupun sehingga ke akhir rancangan tersebut. Apabila manager menjawab sehingga keakhir program, beliau terus meminta supaya dekorasi belon tersebut hanya dibuat pada 1 segmen awal sahaja ataupun arrangement tersebut perlu diubah dan dialihkan ketepi semuanya kerana beliau tidak mahu dekorasi belon tersebut berada dibahagian belakangnya ataupun tiada langsung di dalam rancangan tersebut. Dekorasi Asal oleh PenajaDekorasi belon selepas Neelofa MengubahnyaKrew produksi diminta ubah setup,kami terpaksa buat arrangment baru This is bad attitude and no manners at all pada kami kerana sedangkan pada masa tersebut beliau tahu yang kami masih berada disana kerana dalam proses akhir setup dan masih ada sesi mengemas. Tidak kah beliau sedar yang perkara tersebut akan mengguris perasaan kami selaku penaja? Ekoran daripada permintaan Neelofa tersebut, krew produksi meminta kami untuk mengubah setup tersebut lalu kami terpaksa menukar dan membuat arrangements yang baru dengan membawa tulisan 1 MIL tu kebahagian tengah-tengah stage. Bukan itu sahaja Neelofa yang terus-terusan mengalihkan belon itu ketika segmen live semakin menggurus hati dari pihak MasvionaNeelofa campak belon berdekatan sesuka hati Tidak cukup dengan itu sahaja, sikap tidak professional, tidak menghormati dan menghargai karya seni orang lain Neelofa semakin jelas apabila ditengah² segment yang berlangsung secara live beliau masih boleh menolak² dan mengalih² arrangements yang telah dilakukan oleh Master Balloon Artis kami dengan lagak kurang senangnya dia dengan keadaan itu. Tak cukup dengan melakukan perbuatan tersebut sendiri Neelofa turut meminta pula bantuan krew produksi lain dan meminta mereka mengalihkan belon² itu dan beliau masih terus gigih mencampakkan belon² yang berdekatan dengan beliau sesuka hati. Keadaan ini tambah menampakkan lagi yang dekorasi tersebut menjadi semakin kucar kacir dan memburukkan keadaan. Semakin kucar-kacir dan burukkan keadaanWalaupun isu nampak remeh,Masviona menegaskan bahawa dekorasi juga adalah satu seni yang perlu dihargai Layak ke Neelofa digelar anak seni Apa yang membuatkan kami kesal adalah, neelofa tahu yang pihak kami berada di hadapan beliau namun beliau tetap berbuat demikian. Apa motif beliau? Tidakkah Neelofa sedar dekorasi belon itu juga satu karya seni yang perlu dihargai dan tak patut diperlakukan sebegitu oleh beliau dengan sewenang-wenang nya di ibaratkan arrangements yang telah dibuat itu tidak bermakna baginya juga yang bergelar anak seni? Layakkan beliau untuk digelar anak seni dan turut berada dalam industri seni ini? Tahukah beliau yang Master Balloon Artis kami adalah certified balloon artis yang telah mengorbankan keringat, masa dan wang ringgit hanya semata² untuk mendalami ilmu seni ini sehingga keluar negara seperti Singgapore, Australia, malahan Amerika Syarikat dan banyak lagi dan apa yang lebih penting apa yang kami ingin tekankan disini adalah team kami membuat semua ini kerana passion kami dalam seni dekorasi belon ini dan perasaan kami bagaikan dihiris-hiris apabila dilakukan sedemikian rupa oleh Neelofa. Sikap Neelofa bertentangan dengan sikap Nabil Ahmad Sikap Neelofa bertentangan sekali dengan sikap yang ditonjolkan oleh Nabil yang juga merupakan Host rancangan tersebut. Nabil sangat professional walaupun beliau lebih dikenali sebagai pelawak, sangat supportive dengan penaja malahan dengan sesiapa saja, humble dan sangat berdedikasi. Ini dapat dilihat bila ada waktu senggang, nabil dengan bersungguh-sungguh akan menghafal nama-nama sponsor dan sebagainya. Usaha ini walaupun sangat kecil namun sangat mengembirakan kami selalu penaja dan sikap ini tidak ditunjukkan langsung pada Neelofa. Seingat kami sepanjang tempoh kami bekerjasama ini (6 tahun lepas) hanya Nabil yang beria-ia memberikan live mention pada penaja dan Neelofa tidak melakukan perkara yang sama. Pernah sekali sepanjang pengamatan kami tapi itupun tersilap sebut pula. Kesalahan ini tidak sepatutnya beliau lakukan kerana mengingati dan menyebut nama Penaja dengan terang dan jelas adalah tugas yang tak sepatutnya digagalkan oleh host sesebuah rancangan. Apatah lagi host hebat seperti neelofa. Adakah Neelofa risau belon itu mengurangkan keaggunannyaApakah beliau risau dekorasi belon itu akan mengurangkan ‘aura’ serta keanggunan serta kewujudan beliau disana sehingga beliau bersikap kurang ajar dan tidak menghormati karya seni orang lain telah telah memerah idea menghasilkan dekorasi tersebut.  Kami faham yang kejadian ini bukanlah disebabkan oleh kesalahan pihak produksi secara langsung dan hanya kepada sikap tidak professional oleh host rancangan namun kami rasa ini adalah saluran yang terbaik untuk kami menzahirkan rasa kurang senang ini supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi kerana kami sebagai penaja juga mempunyai hak² kami yang perlu diperjuangkan kerana kami bukanlah golongan yang meminta-minta untuk memberikan sumbangan. Rasa hati dari Masviona sendiri Bukan sengaja nak terasa hati tapi hati terlalu pedih dengan semua yang berlaku didepan mata Antara komen-komen netizenbelon je punsumber : facebook Masviona Muhamad kredit pnews.space

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*