Lain Suara bila taakkbbiirr

Lain Suara Aliff Satar Bila Takbir Raya. Netizen Rasa Sebak Bila Dengar Aliff Takbir Dengan Banduan Akhir

“INI pertama kali saya menjejakkan kaki ke penjara dan berjumpa banduan akhir. Ia pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila,” kata penyanyi Alif Satar yang mengikuti Majlis Iftar Sahabat Tirai Besi Bersama Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di Penjara Sungai Buloh, semalam.

Alif, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata, dia teruja, terharu dan berbesar hati mendapat jemputan daripada mufti apatah lagi majlis itu dibuat pada 10 malam akhir Ramadan.

Menurutnya, dia berpeluang bertemu empat mata dan berkongsi cerita dengan banduan jenayah berprofil tinggi.

“Saya dapat jemputan pada Selasa lalu. Alhamdulillah, jadual saya mengizinkan. Disebabkan terlalu teruja, saya ingat kelmarin adalah Khamis.

“Apabila melangkah masuk ke penjara, saya berasa gementar dan takut. Saya tak tahu nak bertanya apa kerana bimbang reaksi bakal diberikan.

“Pertemuan dengan mereka membuatkan saya buka mata dan hati. Banyak yang kami bualkan. Malah, saya tak tanya pun, mereka yang bercerita sampai menangis.

“Daripada rasa takut dan gementar pada awalnya, terus hilang. Seolah-olah macam bersembang dengan kawan,”

Air mata Alif Satar tumpah di penjara

alif

JARANG sekali penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar berkongsi sisi sedih dalam kehidupannya.

Lazimnya, setiap kali memuat naik apa sahaja entri di laman Instagram, Alif lebih banyak bercerita hal-hal yang membahagiakan.

Perkongsian Alif sebelum ini, tidak banya menggembirakan diri sendiri dan keluarganya, bahkan turut menjentik emosi yang sama dalam kalangan 2.3 juta pengikutnya di laman sosial itu.

Namun, sebaik berbuka puasa hari terakhir, Alif telah memuat naik sedutan video rakaman takbir raya ketika kunjungannya ke Penjara Sungai Buloh, Selangor beberapa hari lalu.

Dalam sedutan video itu, air mata Alif bercucuran yang menggambarkan kesedihan artis berusia 28 tahun itu sukar dibendung.

Berdasarkan kapsyen dalam Instagram itu, Alif memberi gambaran kesedihannya terpaksa berpisah dengan bulan penuh kemuliaan, Ramadan yang menutup tirainya hari ini.

“Semoga kita bertemu Ramadhan lagi…” kata Alif sambil memberitahu pengikutnya rakaman penuh takbir berkenaan boleh ditonton di saluran YouTube peribadinya.

Sumber : Astro Awani

Video Penuh

Kalau min dengar takbir raya, mesti rasa sebak …