Lama menyendirii tak keluar rumahh takda semangat nak jumpaa org

“Lama Menyendiri Tak Keluar Rumah, Tak Ada Semangat Nak Jumpa Orang, Jadi Marah” – Remy Ishak dedahkan apa sebenarnya yang berlaku saat…

Pelakon, Remy Ishak meluahkan isi hatinya menerusi buku biografi miliknya yang dikeluarkan  pada bulan April.

Remy berkongsi serba sedikit mengenai kandungan buku tersebut menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Buku tersebut bakal menceritakan kisah dan pengalamanya sepanjang bergelar anak seni selain persoalan yang tidak pernah didedahkannya sebelum ini.

“Ha!!! Siapa yang tunggu buku ni? Sabar sat! tengah busy settlekan dia ni. Sikit je lagi.. Nah! saya share sedikit isi yan ada dalam ‘SEDEKAD’.

“CHAPTER 6 “ Masa filem ‘CUN!’ ditayangkan dipawagam, jumlah kutipan tiket kurang memberangsangkan masa tu. Aku rasa bersalah pada penerbit.

Rasa gagal

“Aku tak sepatutnya fikirkan pasal hal tu, itu bukan masalah aku. Tapi aku terkesan. Aku rasa aku gagal..!!!

“Aku tak berjaya menarik orang ramai ke pawagam untuk menonton! Lama aku menyendiri, aku tak keluar dari rumah. Takde semangat nak jumpa orang. Aku jadi marah.

Peminat ajak bergambar ramai tapi

“Rasanya, jumlah peminat yang minta bergambar tiap kali terserempak dengan aku, lebih ramai dan banyak daripada jumlah kutipan tiket dipawagam.

“Tapi kenapa mereka tak pergi pawagam tonton cerita yang aku dah berlakon..? Yang aku dan kawan-kawan berhempas pulas dalam pembikinan?

Kecewa & belum matang

“Kami dah buat cerita best-best, peminat tak pergi tengok”.

Aku dah tak tahu dia orang minat bahagian mana. Aku jadi rajuk. Tapi ini cerita masa tahun 2010. Aku belum cukup matang dalam segala hal,” kongsinya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyatakan rasa tidak sabar untuk mendapatkan biografi.

Remy atau nama sebenarnya Zalimei bin Ishak mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2006 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.

Sumber : Astrogmpak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*