Video Lan Pet Pet dpt habuan, didend4 RM2000 b3las4h pak guard

Lan Pet Pet dpt habuan, didend4 RM2000 b3las4h pak guard

Lan mengaku salah atas tuduhan memukul dan menendang pengawal keselamatan pada 6 April lalu.

AKHIRNYA… selepas lebih seminggu berlalu insiden pelawak Lan Pet Pet membelasah ‘pak guard’, anggota Senario itu akhirnya menerima habuan selepas didenda RM2,000 atas perbuatannya itu.

Lan atau Mazlan Ahmad, 49, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin atas tuduhan memukul dan menendang pengawal keselamatan warga emas dalam kejadian pada 6 April lalu.

Mahkamah Majistret Seremban menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 terhadap Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad yang berusia 49 tahun.

Kes tersebut disebut di hadapan Majistret, Mayon Yusof manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mas Syafiqah Mahroob.

Lan dikenakan hukuman denda RM2,000.

Dalam kejadian 8 malam itu, pelawak tersebut dipercayai menumbuk muka warga emas iaitu Yahya Manap berusia 70 tahun di taman perumahan Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.

Suspek dikatakan menumbuk di bahagian muka sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa selepas ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat sebelum memasuki kawasan tersebut.

Video kamera litar tertutup (CCTV) daripada pondok pengawal dan rakaman amatur orang awam mengenai insiden ganas itu disebarkan di media sosial sejak 7 April lalu.

Video Lan memukul dan menendang pengawal keselamatan menjadi tular.

Akibat kejadian, polis bertindak menahan pelawak berkenaan pada 7 April tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Menerusi laporan mStar pada Ahad, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta menganggap insiden yang menimpa adik iparnya itu merupakan fitnah besar yang ditimbulkan pihak tertentu.

Isu pelawak terkenal bertindak membelasah seorang pengawal keselamatan warga emas dengan menumbuk tiga kali dibahagian muka dan ditendang dibahagian pinggang sebelum ini kecoh di media sosial sejak minggu lalu.

Pelbagai spekulasi mula timbul mengaitkan nama Lan Pet Pen dalam insiden tersebut. Susulan itu, netizen mula mengecam beliau dan pada masa yang sama turut menggesa syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah bersama Lan untuk membatalkan kolaborasi mereka dengan artis tersebut.

Terbaru, pengarah agensi pelancongan Ambar Travel & Tours, Nor Aishah Idris berkata pihak mereka terpaksa menunda pakej umrah itu kerana tidak mendapat sambutan.

“Pakej umrah itu sebenarnya bergantung pada jumlah peserta yang berminat. Mengikut syarat perjanjian, Lan perlu mencari peserta sendiri. Tapi bila sampai masa, pihak kami dan Lan sendiri gagal mengumpul peserta menyebabkan pakej umrah yang dipromosikan di Instagram itu terpaksa ditunda ke tarikh lain.

https://youtu.be/gBqNjWuYcLs

“Untuk pengetahuan semua, Lan Pet Pet bukanlah duta yang dilantik untuk syarikat kami. Mengikut perjanjian dan beberapa syarat yang ditetapkan, sekiranya Lan berjaya melaksanakan trip tersebut, baru dia dilantik menjadi duta.

Tambah Aishah, pihaknya belum menerima sebarang maklum balas daripada Lan mengenai kes melibatkan pelawak yang viral itu, namun mereka berlapang dada dan tiada niat untuk membesarkan isu tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

https://youtu.be/EEug899EUYI

www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Beautifulnara & Instagram Lan Pet Pet

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*