Lebai wat hal

Video TuIar ‘Lebai’ Disiasat upacara smbahyang agama lain

PENULARAN rakaman video memaparkan seorang lelaki berpakaian seperti ‘lebai’ dengan akksi yang boleh menyiinggung sensitiiviti agama mencettuskan tanda tanya dan kemarahan warganet terutama umat Islam. Video berdurasi 15 saat yang dikatakan berlaku di sebuah taman perumahan di Tanjung Piandang, Parit Buntar mula tersebar semalam. Dalam video itu memaparkan lelaki berusia lingkungan 40-an, memakai kain pelikat, berbaju putih dan berkopiah dilihat sedang melakukan upacara sembahyang mengikut agama Buddha. Susulan penyebaran video berkenaan di laman sosial dan applikasi WhatsApp laporan polis dibuat untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, seorang anggota polis dari Balai Polis Tanjung Piandang yang melihat video berkenaan membuat laporan pada 2.38 pagi tadi.

“Kes ini sudah diserahkan kepada Unit Siassatan Jnayah Terkelas (USJK) Bukit Aman untuk siassatan lanjut.

“Dalam masa sama satu lagi laporan polis dibuat Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Tanjung Piandang pada 2.45 petang tadi di Balai Tanjung Piandang dan pihak polis akan merujuk laporan ini kepada laporan pertama yang dibuat kami,” katanya.

Difahamkan polis sudah mengenalpasti lelaki di dalam video berkenaan iaitu nelayan berusia 43 tahun beralamat di Bagan Selatan, Tanjung Piandang dan sudah dirakam keterangan berhubung kes berkenaan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Gempakkvirall11

Sumber : Harianmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*