Lelaki Bangsa Cina Ini Cuba Tinggal Di Sekolah Pondok Selama 3 Hari Untuk Mengenal Islam. Namum Pada Hari Itu Ketika Jam 3.30 Pagi Ada Sesuatu Yg Berlaku

Lelaki Bangsa Cina Ini Cuba Tinggal Di Sekolah Pondok Selama 3 Hari Untuk Mengenal Islam. Satu hari, ketika Jam menunjukkan 3.30 Pagi…

Di Indonesia, seorang Youtuber berbangsa Cina bukan beragama Islam cuba merasai pengalaman baru dengan tinggal di sebuah sekolah pondok iaitu tempat di mana anak-anak muda Islam belajar mengenai pelbagai perkara mengenai agama Islam. lelaki tersebut yang bernama Tommy Lim ingin mengetahui bagaimana anak-anak muda Islam mendalami ilmu mereka di samping mahu lebih mengenali agama Islam.

Jadi Tommy pergi ke sebuah pondok atau dikenali sebagai pesantren di negara itu untuk melalui pengalaman tersebut. Pesantren yang Tommy pergi bernama Pesantren Ruhamah Al-Fajar iaitu singkatan dari Rumah Hadis Madrasah Al-Fajar yang berada di wilayah Bogor, Jawa Barat.

Tommy ketika ditanya mengapa dia mahu mengikuti projek ini, dia berkata “Ya, dapat dikatakan saya ingin menambah pengalaman. Mahu menambah wawasan, saya mempunyai pengetahuan agama Islam yang sedikit dan ingin tahu lebih lanjut mengenai Islam. Supaya saya tidak salah memahami agama Islam itu”.

Kedatangan Tommy telah disambut dengan baik oleh tenaga pengajar yang bernama Ustad salman di sana dan ketika baru sampai dia telah dijamu dengan makanan nasi serta lauk-pauk seperti ayam, sup serta sayuran dan makan bersama Ustad Salman serta beberapa orang pelajar. Ketika makan itu Tommy bertanya kepada Ustad Salman tentang apa pelajaran yang diajar di sekolah pondok itu.

Menurut Ustad Salman, “Yang di ajari di sini tentunya ilmu agama Islam, dalam Islam itu ada ilmu Al-Quran dan Hadis. Itu yang paling utama di sini. Semua anak-anak di sini belajar Al-Quran dan Hadis. Selain itu, mereka juga di ajar tentang ilmu pertanian dan penternakan.”

“Kemudian ada pelajaran tentang karakter Rasullulah SAW. Sehingga bila mereka yang habis belajar di sini, boleh mencari rezeki, mempunyai ilmu agama dan mempunyai karakter yang baik.” tambah Ustad tersebut.

Menurut Tommy, ” Janganlah disebabkan agama kita A, kita perlu mencari sahabat yang sama dengan kita. Kita perlu bertoleransi dalam berkawan. Saya kesal dengan orang-orang yang menggangap Islam itu pengg4n4s. Menurut saya ianya tidak adil kerana tiada kaitannya perkara itu dengan agama Islam. jadi janganlah kita memuk0l rata”.

Tommy juga melihat anak-anak murid di situ bersembahyang dan mengerjakan ibadah. Dia juga turut tidur satu dorm dengan anak-anak murid di situ. Satu pagi, ketika jam menunjukkan waktu 3.30 pagi, dia terdengar ketuukan kuat pintu bilik dormnya. Rupa-rupanya anak-anak di situ dikejutkan untuk bangun bertahajud.

Tommy yang turut bangun merasa kagum dengan semangat anak-anak di situ yang sudah memulakan ibadah mereka seawal jam 3.00 pagi. Apatah lagi dengan suhu yang sangat sejuk ditambah pula selepas dikenakan air.

Tommy juga di bawa untuk merasai pengalaman dengan mengikuti ceramah agama di luar sekolah pondok itu oleh Ustad Salman . Pada mulanya dia merasa takuut tidak dapat diterima oleh orang-orang muslim di sana tetapi segala kebimmbangan yang ada pada dirinya hilang selepas mengikuti pengajian tersebut.

Anda boleh menonton VIDEO tersebut di bawah ini untuk melihat pengalaman Tommy berada di sekolah pondok tersebut.

Semoga video ini dapat mengubah pandangan setiap orang tentang Islam dan masing-masing saling bertoleransi dan memahami hak masing-masing.

Video pendek tersebut telah dibuat oleh Film Maker Muslim – FMM Studios dan ditayangkan di Youtube seperti di atas. Anda boleh subscribe saluran Film Maker Muslim – FMM Studios di Youtube untuk mengikuti vide0-video lain yang diterbitkan oleh mereka.

Sumber : Ciungwanara / Berita Kopak / Film Maker Muslim – FMM Studios Channel Youtube

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*