Lelaki ni tawar sesuatu

Tak sanggup lihat anak2 abang botak tak beraya, lelaki ini tawar sesuatu kepada pemilik Alza

Semalam Mahkamah Petaling Jaya telah menjatuhkan hukuman 12 bulan peenjara kepada individu Danial Abdullah Tan, atas kesalahan memecahkan cermin sebuah kereta Alza gara-gara pemandu tersebut membunyikan hon. Hukuman yang diterima oleh Danial telah menerima pelbagai respons daripada orang ramai, memandangkan Danial akan menyambut perayaan Aidilfitri di penjara nanti. Tawar diri bayar ganti rugi Alza Terkesan atas nasib yang menimpa Danial, seorang pengguna Facebook ini telah menawarkan bayaran ganti rugi cermin kenderaan kepada pemandu kereta Perodua Alza yang dikenali sebagai Siew Chan Voon. Kepada pemandu Alza…Memang dia bersalah, tapi… Mohd Fadzli turut mengakui perbuatan Danial adalah salah, namun dia berasa kasihan apabila mengenangkan anak dan isteri Danial bakal beraya tanpa ayah di sisi. Malah, ini adalah kesalahan pertama Danial.Siapa yang pernah bawa moto, faham situasi tuPemilik Alza, saya sudi gantikan kerugian demi anak2 DanialBerikut status penuh beliau di FBBismillah… Assalamualaikum… Selepas terbaca tentang “Abang Botak” kena hukum penjara setahun, ini bermakna yang dia terpaksa beraya di penjara. Sedih pulak bila mengenangkan yang dia ada 2 orang anak kecik lagi… Dengan penuh rasa rendah diri dan keinsafan, abam ingin menawarkan diri untuk menggantikan cermin Proton Alza kepunyaan Siew Chan Voon dan memohon membebaskan “Abang Botak” yang bernama Daniel Abdullah Tan serta merta dengan harapan perkara ini tidak berulang… Seluruh warga netizen dok mengecam perbuatan Daniel ini. Abam tak nafikan yang Daniel bersalah dalam hal ini tapi abam rasa dia patut diberi peluang kedua.. Lagi pulak lepas abam dapat tau pasal anak2 beliau, tu yang buat abam terpanggil untuk menghulurkan sedikit bantuan. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua… Mungkin hari ni hari dia, tak mustahil satu hari nanti kita pulak yg berada di tempat Daniel.. Abam terbaca yang mana ini adalah kesalahan pertama Daniel dan beliau tak pernah ada rekod jenayah sebelum ni. Maybe he just having a bad luck on a bad day at the wrong location.. Abam tak mau pertikaikan tentang hukuman yang dah dijatuhkan, itu semua bukan dalam bidang kepakaran abam so abam tak nak berhujah apa2 pasal keputusan mahkamah tu.. But I was once motorcyclist before. Yang pernah bawak motor je mungkin faham akan situasi ini… Kadang2 ada perkara yg terjadi kt jalanraya bole mendorong ke arah perilaku mcm tu.. Encik Siew Chan Voon atau sesiapa yang mengenali beliau boleh pm abam untuk urusan seterusnya… Terima kasih… P/s : sekiranya dah tiada cara lagi untuk kita tolong Daniel agar dibebaskan, mungkin kita perlu fikirkan cara bagaimana untuk tolong keluarga beliau sempena nak menyambut Hari Raya yang tak lama lagi.. #abamdiSaudi #thePowerofMuslimBerikut reaksi waragnet: Alhamdulillah tahniah tuan…. semoga aidilfitril kali ini lebih bermakna buat tuan sekeluarga Subhanallah.. Murah rezeki awak. Semoga dipermudahkan urusannya nnt.. Insha Allah.. Hari ni kita tlg org esok lusa Allah akan permudah kan urusan kita.. Tak relevan kes mcm ni sampai 12bulan penjara. Kalau tgok video kereta tu pon blh tahan laju dia bawak even kat simpang pon laju. Mesti ada sebab kenapa brader tu angin semacam. Biasa la bang kes kecik dibesarkan, kes besar disorokkan. Kes langgar budak basikal lajak sampai lani xde penghujungnya, perempuan tu sampai skrg tak kene penjara pon. 

Sumber : Mohd Fadzli Ramli via ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*