Lumpuuhh Otak Tapi Hafal 30 Juzuk Al Quran Anak Ini Buat Ramai Meenaangiiss

[Video] Lumpuh Otak Tapi Hafal 30 Juzuk Al-Quran, Anak Ini Buat Ramai Menangis

Jika diceritakan kepada kumpulan doktor, biarpun setinggi langit ijazah mereka, mereka tentu menganggapnya sesuatu yang mustahil.

Namun, itulah keistimewaan yang dimiliki seorang anak yang menderita penyakit lumpuh otak (Cerebral Palsy), tetapi mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran tanpa gagal.

Ketika diuji keupayaan hafazannya, di dalam fikirannya umpama terhampar lembaran demi lembaran kitab suci itu.

Ketika orang menyangka daya pemikirannya menjadi terbatas dan perlahan, namun ramai terpegun melihat bagaimana kanak-kanak bernama Naja ini memiliki ‘kuasa’ luar biasa.

Naja berusia 9 tahun dari Nusa Tenggara Barat, Indonesia merupakan salah seorang peserta Hafidz Indonesia 2019.

Walau beberapa kali diuji, kesemua jawapan tetap diberikan tepat menyebabkan ramai yang merasa kagum hingga mengalirkan air mata.

Menerusi video yang dimuat naik di Youtube, hanya sepotong ayat yang disebutkan oleh juri, Naja mampu meneka surah dari ayat tersebut hingga halaman keberapa.

Kedua-dua ibu bapanya tidak mengetahui keadaan Naja sehinggalah dia disahkan oleh doktor mengalami ‘celebral palsy’ iaitu kelumpuhan otak setelah perkembangannya tidak seperti bayi lain.

Menurut ibunya, Naja pada mulanya dilahirkan normal.

Ibunya sama sekali tidak menyangka dengan kekurangan yang dimiliki Naja, dia mampu menghafaz Al-Quran dalam tempoh yang cepat.

Malah, halaman demi halaman dalam setiap surah juga tidak pernah diajarkan kepada anak itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Video Viral

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @gempakkvirall2

Sumber: newmalaysianpost.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*