Maafkan ibu nak, Dgn berat hati, Ini tindakan yang Zarina Zainuddin terpaksa ambil terhadap dua puteranya

“Maafkan ibu nak…’- Dengan berat hati, Ini tindakan yang Zarina Zainuddin terpaksa ambil terhadap dua puteranya

KUALA LUMPUR: Dengan berat hati, pelakon, Zarina Zainuddin terpaksa memberi dua puteranya yang mengalami autisme, sejenis ubat bagi mengawal tingkah laku mereka daripada terlalu agresif.

Zarina memberitahu, dia tiada pilihan selain memberikan anak kembarnya, Muhammad Raizal Azrai atau Azal dan Muhammad Razil Azrai (Azil) sejenis ubat dalam dos kecil, biarpun sedar kesannya kepada mereka.

“Saya buntu kerana tidak tahu pendekatan yang perlu diambil. Pada mulanya, saya enggan membiarkan mereka bergantung kepada ubat.

“Ini kerana tubuh mereka jadi lemah dan tidak berselera untuk makan selepas diberi ubat itu.

“Namun, rentetan kejadian kelmarin, saya terpaksa memberi Azal dan Azil ubat dalam dos yang sedikit. Kadang kala, saya dan suami tidak dapat mengawal tenaga mereka yang semakin membesar,” katanya kepada BH Online.

Zarina berkata, situasi di mana Azal dan Azil menjadi agresif bukan dihadapinya sendirian, malah suami turut berdepan senario sama.

“Perkara ini dialami suami saya juga. Ada kalanya, dia terkena lebih teruk seperti digigit dan dicakar hingga luka.

“Cuma saya tidak memuat naik rakaman video dalam media sosial atas permintaannya,” katanya yang terpaksa menahan sakit setiap kali anak-anaknya bertindak sedemikian.

Zarina sebak mengenangkan nasib Azal dan Azil sekiranya terjadi apa-apa kepada dirinya dan suami pada masa depan.

“Bengkak mata saya memikirkan nasib Azal dan Azil jika kami sudah tiada lagi. Saya berterima kasih kepada orang ramai yang banyak membantu dan memberikan kata-kata semangat.

“Saya menganggap ujian Allah ini sebagai kifarah dosa lalu dan menghadapinya dengan sabar.

“Bukan mencari publisiti murahan dengan memperbodohkan diri dalam media sosial. Apa yang saya buat adalah memberi kesedaran mengenai autisme,” katanya.

Zarina berkata, setiap manusia diuji dengan dugaan berbeza.

“Cuma kita tidak boleh menghakimi kerana tidak berada di tempat mereka. Saya turut mencuba beberapa saranan pengikut Instagram, cuma ia bukanlah mudah… Tidak semua orang sama,” katanya.

sumber: bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*