Makan Bawang Putih Dengan Madu, Siti Nurhaliza Kongsi Petua Bersama Asben

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi tips kesihatan yang diamalkan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Menurut Siti, selain bersenam, mereka sering mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat terutamanya di waktu pagi.

“Suami saya memang seorang yang suka menjaga pemakanan, jadi lama kelamaan, saya pun terikut cara dia.Biasanya, setiap pagi kami akan makan bawang putih bersama madu, ia sangat baik untuk kesihatan secara menyeluruh.

“Walaupun kedengaran agak pelik, tetapi rasanya masih boleh dimakan, itu petua suami saya dan saya pun sudah mengamalkannya juga,” kata Siti kepada Gempak.

Apa Jadi Bila Makan Campuran Bawang Putih & Madu?
Orang Asia sudah terbiasa dengan aroma dan rasa bawang putih dalam masakan. Boleh dikatakan, dalam hidangan harian seperti sup dan nasi goreng pun kita ada masukan hirisan bawang putih sebagai ramuan manakala ibu-ibu dalam pantang, bawang putih sering dijadikan makanan untuk memanaskan badan sekaaligus ulasmya diselitkan ke dalam telinga untuk mengelak masuk angin.

Ibu dalam pantang sering mengamalkan petua menyumbat telinga dengan bawang putih untuk memanaskan badan serta menghalang dari ‘masuk angin’. Sumber: tribunnews.com
Untuk pengetahuan semua, banyak khasiat andainya anda mengambil satu sudu campuran madu dengan bawang putih cincang. Ini kerana, bawang putih memiliki ciri antibiotik terbaik untuk tubuh serta sistem badan manusia apabila dikupas dan dicincang.

Sumber: Youtube
Ini beberapa manfaat makan campuran madu dan bawang putih ketika perut kosong.

Pulih Masalah Kulit

Membunuh bakteria/kuman dalam tubuh
Bersifat anti-kulat; justeru amat baik untuk pelbagai penyakit kulit seperti cagu, ketuat, ekzema dan lain-lain
Nyah Toksin, Racun & Bahan Berbahaya Dari Tubuh

Pulih cirit-birit serta sembelit
Bantu mengeluarkan asid urik dari badan
Tonik terbaik untuk tingkat imunisasi (daya ketahanan) badan
Memelihara hati dan bantu membakar toksin
Menyah sengatan racun haiwan berbisa seperti ular, kala jengking, labah-labah dan banyak lagi.
Baik juga buat individu yang keracunan makanan

Sumber: Youtube
Melawan Penyakit Kronik

Pulihkan Diabetes
Pelihara tubuh daripada penyakit barah terutamanya kanser usus
Baik untuk penyakit paru-paru dan individu yang diserang batuk-batuk
Legakan selesema
Legakan arthritis (bengkak-bengkak sendi)
Diet Terbaik Untuk Kembalikan Berat Badan Ideal

Mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh
Kombinasi bawang dan madu sebagai bahan mentah adalah petua orang dulu-dulu menguruskan badan
Stabilkan tekanan darah dan degupan jantung
Tips!

Bawang putih akan memberi tindak balas yang lebih positif andai ianya diambil ketika perut kosong. Oleh itu, makan satu sudu campuran madu asli dan bawang putih cincang setiap pagi sebelum sarapan.

Cuba amalkan amalan ini selama 7 hari dahulu dan lihat hasilnya.

Resepi Campuran Madu dan Bawang Putih

Video :

Sumber: Geng Joyah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*