Misha Omar Berasa Syukur Masih Diterima Peminat Dengan Trademark Hentak Kaki.

Sudah lama agaknya tidak melihat persembahan eksklusif dari penyanyi Misha Omar ini. Baru-baru ini nama Misha Omar kembali meniti di bibir peminat apabila tular persembahan nyanyian secara duduk dan santai lagu Sampai Bila di rancangan Meletop.

Setelah 16 tahun usia dalam industri, Misha Omar kembali membuat persembahan istimewa di Konsert Hot Cool Jam semalam. Dia meluahkan rasa terharu apabila masih diterima peminat dan lagu Sampai Bila mendapat sambutan dalam kalangan peminat pada malam tersebut.

Terima kasih kerana masih hargai saya..

Semalam, di #konserthotkooljam,sampaikan saya tergerak utk membuka in ear monitor utk kepastian. Sungguh saya tak percaya apabila suara2 di bawah turut menyanyi bersama lagu SAMPAI BILA,saat itu terasa berat benar menghabiskan nyanyian lagu tu…tak tau nak nyanyi ke nak nangis je kat situ Hahahahahaha!!!! Semenjak lagu SAMPAI BILA diperkenalkan dan meresap perlahan-lahan ke jiwa kalian semua, percayalah ..perasaan saya sebenarnya tidak aman. Saya sering diburu rasa terharu, dan adakalanya bila saya lihat post / stories di instagram dari peminat-peminat berkenaan SAMPAI BILA, jadi merinding sendiri, dan kadang-kadang sampai boleh menitiskan airmata…Begini agaknya ya respon dari seorang penyanyi yang telah bekerja selama 16tahun, di mana setahun yg lalu masa banyak dihabiskan utk membesarkan anak-anak & uruskan rumahtangga, jadi sentimental teruss atau kau sebenarnya chengeng dari dulu la Misha Omar!!! ..TERIMA KASIH kerana menghargai lagu nyanyian saya, percayalah support dari kalian itu jadi tulang belakang yg hebat utk saya terus bekerja keras dalam industri muzik..suara saya hanyalah sebuah instrumen yg kecil tanpa melodi yg indah dan susunan muzik yg besar dari @sharonpaul_msia . Penceritaan nyanyian saya takkan dpt dirasakan kalian tanpa kata2 pujangga yg menusuk jiwa oleh @shah_shamshiri & @fedtriyahya .. Terima kasih @hotfm976 & @koolfmmy yg mengundang saya dlm siri konsert malam tadi. Terima kasih @suhanmovies kerana  menjadikan lagu saya ini,lagu tema drama slot akasia #janganbencicintaku ..sekalung tahniah buat pihak produksi penggambaran #janganbencicintaku , to all the main cast, pengarahnya @paliyahyalatest di atas kejayaan drama mereka yg trending every single day…Terima kasih rakan-rakan artis yg selalu beri kata2 semangat, rakan -rakan wartawan media cetak & elektronik, dan sekali lagi, terima kasih atas sokongan kalian yg request lagu SAMPAI BILA sehingga menduduki tangga di carta2 radio, yg mendengarkan di semua digital platform, yg mengundi lagu ini di carta muzik-muzik..cuma Allah saja mampu membalasnya…bila support kalian bersatu, energynya sgt luar biasa❤❤ #sayangkorangkawkaw

A post shared by Misha Omar (@mishaomar) on

Air mata meleleh…

Nasib tangan tak masuk gear…

Hentak kaki…

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: IG Misha Omar/OhBulan VIA JMD FAMILIA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*