Muat Naik Video Di Instagram Tengah Solat Awal Ashaari Ditegur Netizen.

Ahmad Awaluddin Ashaari atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari, lahir 6 Ogos 1981 ialah seorang pengacara televisyen, model, dan pelakon Malaysia. Beliau paling terkenal sebagai pengacara rancangan realiti One in a Million dan pelakon utama filem dan siri TV Impak Maksima. Selain dari itu beliau juga telah ditawarkan pelbagai kerja pengacaraan majlis dan juga model jurucakap bagi beberapa pr0duk-produk yang berada di pasaran.

Beliau dilahirkan sebagai Ahmad Awaluddin bin Ashaari pada 6 Ogos 1981 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik. Beliau mendapat pendidikan di Metodhist Boys School. Kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti di Universiti Curtin di Lim Kok Wing dengan Ijazah Kepujian dalam Filem dan Televisyen. Beliau merupakan pemegang ijazah sarjana lanjutan dalam bidang komunikasi massa di Universiti Teknologi MARA UiTM kampus Shah Alam.

Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 37, berkongsi sebuah video yang telah mengundang teguran daripada netizen di akaun Instagram IG miliknya.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

They did say no camera. They didn’t say no phone. 😜 #nervousbuatsalahsampaisolatpakaishades

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari) on

Semuanya gara-gara rakaman dirinya ketika menunaikan solat di Masjid Sheikh Zayed, Abu Dhabi.

They did say no camera. They didn’t say no phone,” tulis Awal.

Rata-rata peminat menegur kerana dahi Awal tertutup dengan serban yang dipakainya.

-@hanifhsbrey_97: Dahi kena buka..

-@ndtlnblh: Dahi tak boleh tutup. Harus buka tak boleh ada penghalang untuk sujud.

-@maryam_saffuan: Solat betul-betul ke? Kalau betul, dahi tak boleh tutup.

-@ctmyct: Yang penting dahi mesti wajib kena lantai.

-@loola_tamarah: Maaflah ya..Just nak bagi tahu solat tak sah jika dahi berlapik dengan pakaian atau songkok atau serban. Terima kasih.

Selain memberi teguran, ada juga segelintir netizen tidak berpuas hati dengan tindakan Awal memuat naik rakaman video tersebut.

-@aifitri_46: Allahuakhbar solat pun perlu menunjuk ke.

-@suejnaz: Artis nowdays.

-@hadi.kot: Amboi riaknya.

+@lukhzz: Perlu ke tunjuk solat dalam insta nih? Dunia akhir zaman..

-@eljaydiablo: How it feel? To kisah mata-mata followers dari mata yang melihat segalanya?? How it feel to be artis? Everything that we do good we must tell them. How it feel? Tell me.

Awal memilih untuk berdiam diri tanpa memberi respon kepada komen-komen tersebut. Sekadar info, Awal kini sedang bercuti bersama tiga orang pemenang utama Petronas Mesra Bonanza Round 2 di Dubai.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Like Page Kami Di FB Gempak Virall II Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Ig Awal Via gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*