My Heart Broken Already. Sweetnya Family Ni Bila Mak Menyebelahi Si Bapak Kesian Anak Sampai Men4ng1s Kena Bul1

Secara semula jadi nya, tidak susah bagi seorang bayi atau anak kecil untuk rapat dengan ibu mereka. Ini kerana, hubungan istimewa ini telah wujud sejak bayi berada dalam kandungan lagi. Oleh itu, tidak hairanlah jika kita terdengar anak kecil atau bayi yang suka ‘berkepit’ dengan ibunya.

Namun, tahu kah anda bahawa seorang ayah sebenarnya memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam perkembangan seorang anak?

AYAH PUNYA PERANAN BESAR DALAM KELUARGA

Selama ini, kita mungkin meng anggap ibulah yang lebih penting dalam sebuah rumah tangga kerana ibu banyak meluang kan masa dengan anak berbanding ayah. Tetapi, Claire Vallotton mengetuai sebuah penelitian dan membuktikan sebaliknya.

Contoh nya, penelitian tersebut mendapati stres yang terjadi pada Ayah boleh mengganggu perkembangan bahasa dan kognitif pada anak usia 2 hingga 3 tahun. Kesihatan mental pada ibu dilihat kurang memberi impak kepada anak berbanding ayah. Malah, masalah kemurungan anak-anak dalam jangka masa panjang lebih kuat dikaitkan dengan pengaruh daripada ayah berbanding ibu mereka.

5 SEBAB ANAK PERLU RAPAT DENGAN AYAH SEJAK MEREKA KECIL LAGI

Memang normal bagi sesetengah lelaki untuk memikul tanggungjawab dan peranan bapa pada awalnya. Walaupun kekok dan sentiasa sibuk dengan tugas di luar rumah, inilah manfaat yang bakal didapati oleh anak yang rapat dengan Ayah.

1- ANAK YANG RAPAT DENGAN AYAH PUNYAI IQ LEBIH TINGGI

Dalam sebuah kajian oleh Father Involvement Research Alliance  telah menunjukkan bahawa bayi yang mempunyai hubungan yang rapat dengan ayah sejak kecil memiliki sifat lebih konfiden, emosi yang stabil, dan berani meneroka persekitaran mereka. Apabila meningkat usia 3 tahun, mereka juga lebih bijak bersosial, mudah menyelesaikan masalah, dan memiliki IQ yang lebih tinggi.

2- ANAK CENDERUNG MENJADI KONFIDEN DAN BERANI

Selain ciri tersebut, anak kecil yang rapat dengan bapa mereka dilihat lebih bersedia untuk memulakan prasekolah serta mampu mengendalikan rasa bimbang apabila berjauhan dengan rumah. Hebat, bukan?

3- KEPUTUSAN AKADEMIK LEBIH BAIK

Apabila bapa kurang melibatkan diri dengan aktiviti harian mereka, sifat dinamik seperti yang disebutkan di atas ini kurang terserlah. Sehubungan itu, sebuah lagi kajian membuktikan bahawa bapa yang memainkan peranan besar dalam perkembangan anak mereka sejak kecil turut menyumbang kepada kebolehan akademik mereka di sekolah

Percayakah anda, melalui kajian tersebut, didapati bahawa anak yang rapat dengan Ayah adalah 43% lebih berpotensi untuk mendapatkan A dalam semua matapelajaran.

4. KURANG MASALAH TINGKAH LAKU DI SEKOLAH

Menurut Psychology Today, peranan bapa dapat dilihat sangat signifikan dalam bermain bersama bayi. Melalui permainan inilah bayi banyak belajar untuk bersosial dan memupuk kestabilan emosi yang baik. Ini terbukti apabila kajian mendapati anak yang rapat dengan Ayah kurang mengalami masalah disiplin dan tidak terganggu dengan kemurungan.

5. ANAK PEREMPUAN JADI BIJAK MENILAI LELAKI

Anak-anak, terutamanya anak perempuan yang rapat dengan ayah mereka lebih berpotensi untuk memiliki hubungan yang sihat dengan kaum lelaki pada masa akan datang kerana mereka memahami bagaimana seorang lelaki harus melayani seorang wanita. Dengan meluangkan masa bersama Ayah, anak dapat mengenalpasti ciri seorang lelaki yang baik dan seharusnya dijadikan teman hidup.

Sebagai ketua keluarga juga, anak lelaki banyak dipengaruhi oleh asuhan ayah dalam menekankan keadilan, ketegasan, dan tanggungjawab, tetapi dalam keadaan penuh kasih sayang. Maka, semua kualiti ini tentunya akan menjadi role model kepada anak apabila semakin meningkat usia kelak.

Video di bawah boleh dijadikan contoh keluarga bahagia. Bila mana mak dan ayah sekepala, anak-anak merajuk manja dalam masa sama mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Dikatakan  dalam video di bawah adalah situasi di mana ayah dan perempuan lawan menari. Sementara si ibu pula menjadi pengadil. Si anak dilihat tiba-tiba mengangis apabila dikatakan menyebelahi si ayah. So apa lagi merajuk lah anaknya. Hahaha memang kelakar dan comel keluarga ini.

Jom layan video di abwah,

Jom kita baca apa komen netizen di bawah;

1- Aku tak bape paham yg dia cakap mula2 tu apa ya? Haha drama sungguh haha. Semoga diluaskan pintu rezeki. ameen. tahu. Tp tgk ulang kali. Chomell kann

2- kalau kita dua2 masuk air nanti anak kita jadi macam ni la tak tahan. X bye kt kisya bleh jd isu ekk..klkr laaa kisya niiiii seriessswww

3- MY HEART BROKEN ALREADY HAHAHHAHHAHHAHAHA. BTW THIS IS ME JGK HAHAHAHAHAH

4- Di ulang banyak kali uuuu. gelak tgk bapak dia.. tiru ckp. anak..ye.haahhahaha. lawak la.bestnya jenis satu kepala. gila2.

5- sorry. tapi sye x phm daddy dia tgh buat apa tuh. {jgn kecam}. pertandingan menari, ayah vs keisya. Keisya kata mummy biased to daddy.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: ig gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*