Peniaga Online Tanya Datuk Fazley Yaakob Nak Pinggang Macam Kerengga Tak. Ini Respon Padu Dari Beliau Memang Win Habis

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mempunyai cara tersendiri dalam memberikan respon terhadap sesetengah peniaga ‘online’ yang mengiklankan produk mereka di laman Instagram (IG) miliknya.

Terbaru, Datuk Fazley memuat naik promo rancangan InTrend x Alternatif yang memaparkan sesi temu ramah kisah cintanya bersama isteri tersayang iaitu Datin Azrene Ahmad.

Di bahagian ruangan komen entri tersebut, ada peniaga ‘online’ mengiklankan produk mereka untuk merampingkan serta mengecilkan pinggang seperti kerengga.

Datuk Fazley tidak berdiam diri, beliau menjawab iklan tersebut dengan jawapannya yang unik.

” Tak perlulah. Saya suka isteri saya macam ni. Terlalu cantik dah di mata saya. Tak perlu pinggang kerengga! ” katanya.

Respon Fazley terhadap peniaga ‘online’ itu mendapat perhatian segelintir peminatnya yang terhibur dengan jawapan yang diberikan.

Program InTrend x Alternatif yang menampilkan Datuk Fazley dan Datin Azrene bakal bersiaran pada malam ini, jam 9 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Dalam perkembangan lain, Datuk Fazley juga sedang giat mempromosikan lagu terbarunya yang berjudul Wo Ai De Ni.

Single Wo Ai De Ni sudah pun dilancarkan di semua platform digital seperti Spotify, Joox dan Apple Music.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*