Plaster Luka Boleh Bertukar Tempat La Plak. Ujar Netizen Mengenai Plaster Luka Syed Saddiq

Syed Saddiq dituduh menipu sebab plaster di pipi boleh pindah-pindah

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman menarik perhatian ramai apabila muncul dengan plaster yang ditampal di pipinya dalam Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Difahamkan, Ketua Armada PPBM itu mengalami kemalangan ketika melakukan aktiviti sukan berkayak sebelum ini, di mana pipi kanannya tercedera dan terpaksa ditampal dengan plaster.

Namun apa yang lebih menarik, di beberapa group politik Facebook, kecederaan pipi Syed Saddiq itu dipersoalkan oleh para penyokong pembangkang.

Syed Saddiq cedera

Mereka mempertikaikan bagaimana plaster yang ditampal di pipi Syed Saddiq boleh berubah kadangkala berada di pipi kanan, dan di masa lain berada di pipi kiri.

Sebilangan lagi menyamakan perkara itu dengan filem Madu Tiga arahan dan lakonan P Ramlee.

Syed Saddiq Madu Tiga

* Dalam filem Madu Tiga, watak Jamil lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, tersilap memasang balutan luka di pipinya ketika memalsukan kemalangan jalanraya yang menimpa sebagai helah supaya tidak dimarah isteri tua selepas berkahwin lagi satu.

Namun sebenarnya tuduhan kononnya plaster di pipi Syed Saddiq boleh berpindah-pindah, tak betul pun. Ia hanyalah “effect” camera telefon yang mengambil gambar kerana menggunakan “selfie mode,” sekaligus menyebabkan plaster itu seperti berada di pipi kiri.

Jika gambar Syed Saddiq diambil menggunakan cara biasa, plaster di mukanya masih berada di bahagian pipi kanan. Boleh bandingkan kedudukan kocek baju Melayu yang dipakai.

Syed Saddiq

Sumber: Milo Suam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*