RUKUNSOLATCHALLENGE BERI MANFAAT CARA DAKWAH PU AZMAN MEMANG KREATIF.

Cabaran menyenaraikan 13 rukun solat secara lancar melalui perkongsian video di laman sosial dilihat mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

Cabaran ini kini mula mendapat perhatian pengguna media sosial Instagram di negara ini apabila PU Azman memperkenalkannya sejak kelmarin.

Biarpun baru saja diwujudkan, netizen terutama anak muda tidak melepaskan peluang menyahut cabaran tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Saya buat cabaran kerana ia berkaitan dengan positive vibes kerana ia berkaitan solat, iaitu perkara paling wajib untuk orang Islam.

Keduanya, ia tidak perlu perlakuan atau aksi yang melampau atau yang bahaya, dan paling penting orang perempuan pun boleh ikuti cabaran ini. Katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tujuan cabaran itu diwujudkan adalah sebagai kaedah semak semula buat orang ramai mengenai perkara-perkara berkaitan ilmu agama Islam dengan cara lebih santai.

Untuk permulaan, cabarannya berkaitan dengan rukun solat di mana mungkin orang akan semak dan hafal kesemua rukun solat. Selepas ini mungkin mengenai perkara lain pula.

Dakwah Kreatif VIDEO:

Antara Peminat Yang Sudah Menyahut Cabaran PU Azman Termasukla Artis, Jiran Pun Nak Dicabar Jugak.. hahaha

Apa kata peminat?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: SinarHarian/IG PuAzman VIA JMD FAMILIA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*