Sarapan pagi yang mencecah puluhan ribu ringgit menarik perhatian orang kaya.

Walaupun harga mahal dengan menu makanan tidak la seberapa, tetapi tiada seorang pun pengunjung yang merungut terhadap menu restoran itu. Restoran istimewa ini terletak di pergunungan Yeti, yang mengkhususkan hanya kepada golongan Elit. Sarapan pagi berharga 40,000 yuan (USD6000) dan hanya boleh makan di situ selama 15 minit. Menghairankan, menu hanya terdiri daripada roti dan beberapa makanan gaya Barat, yang tidak munasabah untuk harga yang terlalu tinggi. Jadi apakah sebabnya untuk memilih sarapan pagi ini? Jawapannya ternyata berada di tempat yang sangat istimewa. Sarapan pagi dihidangkan dengan permandangan Gunung Everest.

Para tetamu akan menaiki helikopter dan terbang terus ke Gunung Everest, puncak tertinggi di dunia untuk menikmati sarapan pagi. Jadi, harga 40,000 yuan termasuk tiket pesawat, yuran peperiksaan fizikal, yuran insurans dan yuran sewa tempat duduk. Sekarang ini perkhidmatan sarapan istemewa ini telah menjadi trend bagi golongan orang kaya. Untuk merasakan pengalaman baru, mereka bersedia untuk membayar dengan jumlah wang yang tinggi untuk menikmati hari baru di puncak dunia.

Tetamu mesti membayar 40,000 yuan (6000USD) untuk seorang, walaupun hanya bersarapan selama 15 minit.

Walau bagaimanapun tetamu tidak boleh tinggal lama kerana tinggal di puncak gunung terlalu lama akan menjejaskan kesihatan. Sebab itu pelanggan hanya boleh makan dalam masa 15 minit. Namun, terdapat ramai pengunjung yang bersedia mengikuti perkhidmatan ini. Pemilik restoran berkata produk yang mereka jual adalah berkualiti tinggi.

Jom tonton Video Ini:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Youtube Channel.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*