Saya Bukannya Berb0g3l Orang Kita Terlalu Cepat Menjatuhkan Hukum Ifa Raziah.

Semalam, viral di media sosial video berdurasi 0.05 saat menunjukkan Ifa Raziah mempromosikan satu produk pelangsingan. Video tersebut pada mulanya dimuat naik di Instagram Story Ifa sendiri sebelum tular di platform lain. Apa yang menjadi bualan ramai adalah apabila Ifa kelihatan berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh dengan ketara.

Menerusi Harian Metro, Ifa Raziah memberitahu tujuannya hanyalah untuk membuktikan dirinya sudah kurus dan bukan menggunakan teknik suntingan.

Ketika dihubungi wartawan Harian Metro , Ifa memberitahu dia hanya ingin membuktikan bahawa dirinya sudah benar-benar kurus dan bukan edit seperti yang didakwa netizen.

Niat saya memang nak tunjuk. Selama ini saya buat promosi produk di IG orang cakap gambar hasil suntingan. Malah tunjuk gambar sebelum dan selepas pun orang tak percaya.

Apabila saya tunjuk penampilan sebenar, orang kecam pula. Kalau tak tunjuk kata saya propa dan menipu. Kenapa susah sangat nak terima hakikat yang saya sudah kurus?

Lagi pula dalam video berkenaan saya bukannya berb*g3l. Orang kita terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa ambil tahu cerita sebenar.

Kalau yang menonton video live saya pada waktu berkenaan, pasti tahu.

Tambahnya lagi, di dalam video tersebut dia bukanlah berb*g3l pun. Malah, ketika video dirakam mereka sekeluarga sedang menyambut ulangtahun perkahwinan ke-14.

Pada hari video dirakam, kebetulan saya dan suami menyambut ulang tahun perkahwinan ke-14, Selasa lalu. Jadi, anak, keluarga dan peminat hadir memberikan kejutan.

Memandangkan majlis dibuat di jakuzi rumah, saya ambil kesempatan rakam video itu. Sebenarnya, gaun itu ada lapisan luar. Namun, disebabkan ia labuh jadi tidak sesuai untuk berjalan atas air.

Lagi satu, sebelum ini pun saya pernah pakai baju tanpa lengan. Kenapa tidak ada yang tularkan? Adakah sebab ketika itu saya gemuk atau tak cantik?

Gara-gara video menjadi viral dan buah mulut orang ramai, Ifa memberitahu dalam sehari produknya habis terjual sebanyak 1,000 kotak.

VIDEO 1 :

VIDEO 2 :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Youtube Channel DK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*