Selepas Pekerja Restoran Mamak Dit4mp4r Kerana Menegur Perokok, Kini Status Pemilik Kedai Pula Diragui

Selepas Pekerja Restoran Mamak Dit4mp4r Kerana Menegur Perokok, Kini Status Pemilik Kedai Pula Diragui

Pekerja kena tampar punca pemilik sebenar kedai mamak Ameer Corner terbongkar

SEJAK kelmarin heboh di media sosial insiden pekerja kedai mamak Ameer Corner di Seksyen 25 Shah Alam ditampar selepas menegur seorang lelaki yang merokok di dalam restoran.

Hari ini salinan laporan polis yang dibuat oleh pemilik kedai mamak itu berhubung kejadian berkenaan pula tular di media sosial.

Namun tanpa disangka-sangka, terbongkar siapa pemilik sebenar kedai mamak itu. Perkara itu menjadi perbualan hangat di media sosial selepas orang ramai mengetahui bahawa pemilik kedai tersebut sebenarnya bukan beragama Islam.

Berdasarkan laporan polis, pengadu bernama Krisnasamy A/L Thevarayan mendakwa pekerjanya di Restoran Ameer Corner, Seksyen 25 Shah Alam telah ditampar selepas menegur 3 orang lelaki Melayu yang menghisap rokok dalam restoran.

Dakwanya lagi, pada jam 5 petang pekerja restorannya turut dimarahi oleh seorang lelaki India yang turut sama menghisap rokok dalam restoran berkenaan.

Kalau kita lihat, Restoran Mamak Ameer Corner ini nampak macam milik orang Islam, dengan tulisan jawinya pada signboard kedai. Tapi tak sangka ia dimiliki oleh orang bukan Islam. Restoran mamak, tapi pemiliknya bukan mamak.

Sumber: milosuam

Terdahulu Pekerja restoran ditampar selepas tegur pelanggan merokok

SHAH ALAM – Hanya kerana menegur pelanggan supaya tidak merokok, seorang pekerja ditampar di pipi kirinya di dalam sebuah restoran di Jalan Makmur 25/64, Seksyen 25 di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian pukul 12. 30 tengah hari, mangsa berusia 25 tahun.

Larangan merokok dikuat kuasakan pada 1 Januari lalu. Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila seorang pekerja lelaki restoran tersebut memberikan teguran kepada tiga pelanggannya yang sedang menghisap rokok di dalam restoran.

“Bagaimanapun, teguran secara baik itu dibalas dengan penampar di bahagian pipi kiri oleh salah seorang daripada pelanggan tersebut.

“Kumpulan suspek itu kemudiannya beredar sebaik membuat pembayaran di kaunter restoran itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal semasa kejadian terdapat dua lagi pekerja dan lima pelanggan di dalam restoran tersebut.

Ujarnya, hasil siasatan turut mendapati ketiga-tiga pelanggan tersebut jarang dilihat datang ke restoran berkenaan.

“Polis telah mengambil rakaman televisyen litar tertutup di restoran berkenaan dan telah mengenal pasti suspek terlibat.

“Sehubungan itu, kita meminta suspek utama yang menampar pelanggan tersebut tampil menyerah diri bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Larangan merokok di tempat makan bermula 1 Januari lalu di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

Sumber : K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*