Siapa Tak Kenal Raja Dangdut Iwan Punyalah Kaya Tidur Atas Duit Tapi Hati Tetap Tak Bahagia Sampailah Dia Sujud Pada Yang Maha Esa.

Hidayah Allah akan diterima kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-NYA. Sebagai hamba, kita berdoa supaya Allah menganugerahi kita hidayah kerana itulah salah satu cara untuk mendapat balasanya syurga.

Pencetus Ummah Amin PU Amin di instagram telah memuat naik gambar bersama penyanyi dangdut tersohor suatu ketika dulu, Iwan. Penampilan Iwan pada hari ini amat berbeza. Selesa berserban dan berjubah sahaja.

Dalam kapsyen, PU Amin menulis lirik lagu Iwan yang bertajuk Solatlah Dulu.

Namun yang lebih menarik untuk dibaca ialah kisah hidup Iwan yang diceritakan secara ringkas.

Lirik Solatlah Dulu :

Tunggu sebentar solatlah dulu

Tunaikan cepat kewajibanmu

Sembahyang fardu di awal waktu

Ikut sunnah Rasullillah.

Tunggu sebentar solatlah dulu

Rapat-rapatkan dan luruskan safmu

Takbiratul ihram bersama imam

Ikut cara Rasulullah.

Iwan punya kaya payah nak cerita, tidur atas duit

LEGEND Iwan DangDut. Dia punya kaya payah nak cerita la. Dulu sebulan dia ada 20 konsert, satu malam konsert 2 jam 3 jam dia punya jualan tiket 1 juta lebih. Dia kata tidur atas duit, makan sebelah duit, dalam jamban pun ada duit. Tapi hati tak tenang. Tapi masih tak cukup. Duit berjuta juta, tapi tak tenang, tak puas, dah kaya nak nama pulak, dah ada semua, tetap tak tenang tenang, kebahagia tak di temui. Jauh daripada Allah, kini hidup atas jalan dakwah

Kata dia rupanya Allah jauh dengan dia. Dia sujud baru rasa tenang. Dia jauhkan diri dari harap puji pujian manusia. Dia uzlah,dia ziarah dan dia sedekah. Duit dia infaq pada yang memerlukan. Harta dia untuk jalan Allah. Hidup atas jalan dakwah. Dua Rakaat Semua Masalah Selesai. Dia istiqamah.

TQ abg iwan teman makan asam pedas ikan sembilang.

Video Penuh :

Paling ingat lagu Iwan yang bertajuk Wulan. Zaman tu memang hits sungguh lagu-lagu Iwan ni. Tahap popular Iwan masa tu kalau boleh disamakan macam penyanyi Hael Husaini kot. Sana sini orang kenal. Tapi perubahan Iwan ni sungguh menyejukkan hati. Alangkah bagusnya dia infaqkan harta ke jalan Allah. Semoga Iwan bertemu dengan apa yang dicari. Amin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Ig Pu Amin Via Utube VK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*