Sikap Terpuji Peminat Senegal Meraikan Kemenangan Piala Dunia Dengan Membersihkan Stadium.

Nampaknya sikap peminat Jepun yang terkenal dengan mementingkan kebersihan dan akan membersihkan stadium sebaik selesai perlawanan bola sepak telah menular kepada peminat Senegal pula. Satu sikap yang baik ketika demam bola sepak sedang melanda dunia dengan berlangsungnya Piala Dunia di Rusia pada waktu ini.

Sambil semua peminat bola sepak berpesta di stadium dengan menyokong pasukan dari negara masing-masing dan semestinya akan membuat sampah di merata stadium, terdapat kalangan para peminat yang prihatin untuk menjaga kebersihan seperti peminat Senegal. Mereka bersikap baik dan positif dan wajar dijadikan contoh oleh peminat bola sepak dari negara lain.

Pada 19 Jun, dunia menyaksikan bagaimana perlawanan hebat di antara Senegal menentang Poland telah berakhir pada peringkat kumpulan dengan kemenangan berpihak kepada Senegal yang menumpaskan Poland 2-1. Namun sebaik sahaja perlawanan berakhir, peminat bola sepak melihat sesuatu yang tidak dijangka telah dilakukan oleh peminat bola sepak negara Senegal.

Peminat Senegal tidak meninggalkan stadium dengan segera, sebaliknya kekal tinggal di stadium sambil membersihkan dan membuang sampah yang memenuhi stadium. Satu tindakan kecil yang sebenarnya membawa makna besar melambangkan semangat Piala Dunia yang sedang berlangsung ketika ini.

Dengan sikap positif dan baik, para penyokong bola sepak Senegal telah meninggalkan reputasi yang baik buat negara mereka di stadium tersebut sehingga menjadi bualan peminat bola sepak dari negara lain. Mereka dengan rela hati membuat keputusan meraikan kemenangan pasukan bola sepak negara mereka dengan mengutip sampah dan membersihkan stadium sebelum keluar meninggalkan stadium.

Sementara penyokong bola sepak Poland yang tewas telah keluar meninggalkan stadium dengan kekecewaan, pihak yang beroleh kemenangan kekal tinggal di stadium sambil menjalankan tanggungjawab kecil mereka dengan mengutip sampah.

Tindakan penyokong Senegal ini telah mendapat perhatian di media sosial dan sikap mereka telah dipuji serta dihormati oleh peminat bola sepak dari negara lain. Ada yang menulis, Peminat bola sepak dari negara Senegal telah membersihkan stadium selepas kemenangan mereka ke atas Poland dan ia adalah satu perkara paling menarik yang dapat anda saksikan pada hari ini.

Selepas Jepun menewaskan Colombia, peminat bola sepak Jepun telah membersihkan stadium, dan sikap mereka telah diikuti oleh peminat bola sepak Senegal juga. Dan diharap semakin ramai peminat bola sepak dari negara lain akan bersikap seperti peminat dari negara Jepun dan Senegal. Bukan satu tugas yang sukar apabila sampah dikutip dan dibersihkan oleh peminat yang ramai. Mudah sahaja menjaga kebersihan.

Diharap pasukan Jepun dan Senegal akan terus mara beroleh kemenangan dalam peringkat seterusnya. Bukan sahaja pasukan bola sepak mereka cemerlang dalam Piala Dunia, tetapi sikap peminat dari negara ini juga cemerlang di mata dunia. Peminat dan penyokong bola sepak juga bertanggungjawab membawa reputasi negara untuk dipandang dan dikagumi di seluruh dunia. Lakukan sesuatu untuk membanggakan negara sendiri walaupun ia hanya perkara kecil.

Lihat video di bawah :

Sumber : Happiest / Youtube

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*