Solat Hajat dibuat Berhampiran Gua Sejuk. Adakah Ini Sebab Kenapa Mereka Terpaksa Buat Solat Hajat Di Laluan Gua Musang Kuala Krai Pagi Tadi

Solat Hajat dibuat Berhampiran Gua Sejuk. Adakah Ini Sebab Kenapa Mereka Terpaksa Buat Solat Hajat Di Laluan Gua Musang Kuala Krai Pagi Tadi

Gua Musang ada 10 lokasi panas kemala ngan ma ut

Sebanyak 10 kawasan di daerah ini telah dikenal pasti sebagai lokasi panas, iaitu kawasan yang didapati paling kerap berlaku kemala ngan ma ut.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, antara lokasi yang dikenal pasti ialah beberapa laluan di jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang-Kuala Lipis dan Gua Musang-Lojing.

MOHD. TAUFIK MAIDIN

Selain itu katanya, laluan Gua Sejuk, Chiku 3, Sungai Bayu, Paloh juga lokasi panas termasuk kawasan Kampung Sungai Lakit yang meragut nyawa tiga beranak semalam.

“Lokasi panas di sepanjang Jalan Gua Musang-Kuala Lipis ialah Bukit Lanjut, Taman Rusa dan Kampung Lepan Jaya. Laluan Gua Musang-Lojing pula lokasi panasnya adalah dekat jambatan Pos Hendrop, Kampung Jedip dan Pos Brooke,” katanya.

Mohd. Taufik berkata, terdapat juga sesetengah pemandu yang degil dan kurang mengambil perhatian terhadap keselamatan ketika melalui lokasi itu.

“Pemandu yang berdegil dengan memandu tidak mengikut peraturan akan menyebabkan mereka mudah berdepan dengan kejadian tidak diingini termasuk kema langan ma ut.

Kemalangan

Beliau berharap pemandu berhemah ketika melalui jalan Gua Musang.

Solat hajat di Gua Sejuk: Laluan ‘berdarah’ sering ragut nyawa

GUA MUSANG – Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) menganjurkan Program Solat Hajat dan Doa Selamat di laluan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Gua Sejuk, pagi tadi.

Program anjuran Jawatankuasa Pembangunan Islam Belia dan Kebajikan MDGM ini disertai lebih 20 pemimpin setempat, kakitangan serta masyarakat sekitar.

Umum tahu, Gua Sejuk merupakan salah satu lokasi panas kemala ngan ma ut yang sering berlaku di laluan utama ini. Malah sering dikaitkan dengan pelbagai kisah misteri.

Diharapkan, usaha daripada agensi berkenaan mampu mengurangkan kadar kema langan ngeri yang boleh meragut nyawa pengguna.

Sumber Artikel : Utusan & Sinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*