Suruh Anak Kencing Dalam KTM Pasangan IbuBapa Ini DiKecam Teruk Oleh Netizen.

Sebagai manusia yang bertamadun dan dikurnai akal yang baik untuk berfikir, seharusnya kita menggunakan akal yang diberikan kepada kita itu sebaiknya sebelum bertindak melakukan sesuatu. Tidak kira lah dimana sahaja kita berada atau dengan siapa, adab dan akhlak yang baik perlu dijaga, lebih-lebih lagi dalam kehidupan bermasyarakat.

Terbaru, dilaporkan sepasang suami isteri telah membiarkan anak mereka kencing dalam sebuah gerabak ktm. Hal ini telah dilaporkan oleh seorang netizen yang menyaksikan kejadian itu.

Wanita yang dikenali sebagai Xin Tian Chua di laman media sosial Faceb0ok itu telah berkongsi tentang kejadian itu di laman peribadinya. Ujar Xin Tian, dia dan beberapa lagi penumpang telah menyaksikan kejadian itu berlaku di hadapan mereka sendiri. Malah sisa air kecil kanak-kanak tersebut telah terkena kasut dan bagasinya dan menyebabkan dia menegur tindakan pasangan yang tidak bertanggungjawab itu.

Pasangan yang dipercayai ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan itu hanya membiarkan anak mereka membuang air kecil di situ. Balas mereka, Pihak KTM tidak menyediakan tandas dan anak mereka sudah tidak tahan lagi. Mereka juga percaya akan ada cleaner yang membersihkan sisa najis tersebut.

Kejadian ini telah dilaporkan oleh Xin Tian kepada pihak pengurusan KTM Berhad dan dia telah memuat naik kisah tersebut sebagai peringatan dan pengajaran kepada rakyat Malaysia supaya bersikap lebih prihatin terhadap masyarakat sekeliling dan menjadi lebih bertanggungjawab atas apa apa tindakan yang dilakukan. Ikuti kisah wanita ini.

Apa b0leh buat cik, emergency..

Lap0ran kepada pihak KTMB..

Bapa kepada kanak2 tersebut membalas komen wanita ini..

Dah benda nak terkeluar takkan nak tahan..

Ekoran status wanita ini, ramai netizen tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Rata-rata netizen menghentam keras tindakan pasangan ibubapa tersebut.

Weh bodoh punya manusia..

Budak tu dah cukup besar untuk belajar tentang adab..

Kalau anak dia nak terberak dia suruh berak atas seat jugak ke?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Like Page Kami Di FB Gempak Virall II Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: FB Xian Via Omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*