Tengah Live Baca Berita Tiba Tiba Muncul Tetamu Tak Diundang. Berubah Terus Muka Cantik Pembaca Berita Ini, Baca Skrip Habis Berterabur

Baru-baru ini tular video tentang seorang pembaca berita televisyen Mir24 TV menghadapi saat yang mencemaskan apabila dia dikejutkan dengan kehadiran tamu tidak diundang,  seekor anjing sewaktu bersiaran di kaca TV, lapor Huffington Post. Studio yang dikatakan berpangkalan di Moscow, Rusia itu.

Menerusi video berdurasi lebih kurang 36 saat itu menyaksikan pembaca berita, Ilona Linarte yang terkejut dan kelihatan ketakutan apabila melihat seekor anjing tiba-tiba berada di sebelahnya. Pada awalnya Ilona melakukan tugasannya seperti biasa dan dia mula terkejut apabila anjing itu berada di sebelahnya dan menyalak

Semasa kejadian, Linarte kelihatan cuba berlagak tenang dan meneruskan bacaan beritanya namun mula rasa kurang selesa apabila haiwan tersebut berada terlalu rapat dengannya sebelum beliau tidak dapat menahan dari menjerit.

Lebih mencemaskan apabila anjing itu dilihat cuba naik ke atas meja di sebelah Ilona. Setelah menyedari bahawa anjing tersebut tidak akan menyakitinya, dia kemudiannya bertindak cuba mengusap kepala haiwan berkenaan namun masih kelihatan canggung.

“ Inilah sebabnya saya tidak sukakan anjing, saya pencinta kucing,” katanya sewaktu bersiaran.

Namun tidak pelik bagi seorang wanita menunjukkan aksi spontannya itu walaupun sedang ‘live’ di kaca tv. Bayangkan kalau lelaki yang berada di tempat Ilona, anda boleh bayangkan mimik muka lelaki itu sambil menahan macho di depan TV haha.

Apatah lagi jika dilihat anjing itu bukanlah anjing kecil dan comel berwarna putih itu, tapi ia anjing yang besar berwarna hitam. Sesiapa pun pasti terkejut dibuatnya.

Sementara itu, laporan mengatakan anjing tersebut adalah milik pengunjung di stesen TV tersebut yang terlepas dari tuannya.

Rata-rata netizen terhibur melihat reaksi pembaca berita yang panik apabila dia dikejutkan dengan kehadiran seekor anjing sewaktu bersiaran di kaca TV secara langsung.

Video di bawah berdurasi 38 saat ini menunjukkan bagaimana reaksi Ilona Linarte semasa berhadapan dengan situasi tersebut. Biarpun dalam keadaan terkejut dan cemas namun Ilona Linarte tetap terus membacakan berita.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg.

Sumber: newscoviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*